Assalamualaikum....
Alright, selepas hampir 6 bulan lebih aku ada kat Sydney, Alhamdulillah Allah s.w.t memberikan aku masa jugak untuk buat satu post. Aku xnklah membebel pasal tempat2 menarik di sydney ataupun betapa berhabuknya blog aku selepas ntah brape lama x update. Bagi aku tu semua menyemak dan cliche. Hari ni aku nak sembang pasal attitude sesetengah manusia yg bagi aku sgt kurang ajar - which is memerli dan mengejek orang-orang yang join usrah.
Aku rasa mesti korang semua pun dah tahu bahawa orang-orang yg join usrah pasti akan dipandang serong oleh sesetengah pihak. Bagi mereka, orang yg join usrah ni tak fun sebab mesti ada je benda yang x kena yang akan mereka tegur. Well, it is a fact yang manusia majoritinya susah menerima teguran, justeru golongan-golongan seperti ini akan dibenci dan selalunya di boikot.
Aku nak bagi kat korang contoh yang simple, yang diambil dari pengalaman aku sendiri. Aku ada ramai kawan yang selalu post benda-benda yang berilmiah di facebook, and of course, post-post ini juga pasti ada kaitan dengan keagamaan, contohnya kahwin awal, ikhwah dan akhwat, jangan couple, hadis-hadis nabi, potongan ayat-ayat al-quran dan sebagainya. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur sebab mempunyai kawan yang tidak malu dan segan untuk berkongsi ilmu mereka dengan rakan-rakan yg lain. Namun yang menyedihkan aku ialah, terdapat segelintir pihak yang bagi aku dengki, tidak puas hati dan berusaha untuk memburukkan golongan tersebut. Manusia-manusia yg dengki ini akan post kembali post - post ilmiah tersebut, diikuti dengan caption yang mengejek dan memerli apa yang mereka cuba sampaikan. Lebih teruk lagi, post tersebut akan ditokok tambah dengan cacian dan kutukan di bahagian "comment" oleh rakan-rakan manusia yang dengki ini.
Sahabat-sahabat sekalian,
Apa yang aku tak faham ialah, apa motifnya mereka buat benda yang sia-sia ni? Apa yang akan mereka dapat kalau mereka mengherdik dan menghina post-post ilmiah tersebut? Nak kata bukan islam, dari pemerhatian aku rasanya semua yg mengutuk tu beragama islam. Dapat duit ke wei kalau kau kutuk2 ni? Boleh jadi popular ke kalau mempermainkan islam? Kalau popular kat dunia je takde gunalah, nanti bila kau dah mati takde sapa akan tolong kau kalau kau diseksa!!
Aku rasa korang semua pun dah sangat-sangat maklum dengan situasi yang aku ceritakan di atas, atau mungkin juga korang pernah merasainya. Banyak lagi benda-benda yang teruk yg tak sanggup aku ceritakan. Kalau sebut sahaja pasal mamat usrah, pasti mereka akan ditertawakan, di ejek dan sebagainya. Kalau kena pulak mamat usrah ni tak pandai and result teruk, pasti mereka-mereka ini akan dilabelkan sebagai "bodoh". Situasi yang berlaku pada masa sekarang tidak jauh bezanya dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, di mana umat islam sering ditertawa, dicaci, di perli dan dihina. Berikut adalah contoh yang diambil dari buku The Sealed Nectar.
1. Scoffing (laugh at with contempt and derision), degrading (reduce in worth or character), ridiculing (behaviour intended to mock or humiliate), belying (be in contradiction with) and laughter-instigating cheap manners, all of which
levelled (aim) at the new converts in general, and the person of Muhammad (Peace be upon him)
in particular, with the aim of dragging the spirit of despair (give up hope, lose heart) into their morale, and slackening
their ardent zealotry (extremely strong beliefs) . They used to denounce (to condemn) the Prophet (Peace be upon him) as a man
possessed by a jinn, or an insane person:
(The Sealed Nectar, page 49 - 50)
Daripada petikan di atas kita boleh lihat bahawa orang kafir Quraisy sentiasa bersikap keji terhadap umat islam - lebih-lebih lagi pada yang baru sahaja convert. Mereka tahu bahawa mereka tidak akan mampu untuk memaksa Nabi Muhammad S.A.W. daripada berhenti melakukan kerja-kerja dakwah, justeru pengamal-pengamal islam yang baru akan sentiasa menjadi target untuk dicaci, dihina, diseksa dan ditertawa. Kesemua ini dilakukan bagi merendahkan martabat orang islam, lantas mengurangkan semangat dan tenaga yang mereka gunakan untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
Kepada mereka-mereka yang suka mengejek manusia yang suka membuat kebaikan,
Kepada mereka-mereka yang suka mengejek manusia yang suka membuat kebaikan,
Aku harap korang sedar bahawa perbuatan yang korang lakukan ni tidak ubah seperti orang kafir Quraisy pada masa dahulu. Aku tak kata korang kafir, cuma aku harap korang sedar yang perbuatan korang ni sangatlah terkutuk dan merupakan satu pembaziran semata-mata. Sedarlah wei yang perbuatan korang ni x bermanfaat langsung, buat orang sakit hati and bengang adalah!
Kepada mereka yang dijadikan bahan ketawa dan diejek.
Janganlah risau dan bersedih kerana Allah S.W.T pasti akan bersama hamba-hamba-Nya yang sentiasa bertaqwa. Cacian dan hinaan tidak akang pernah hilang selagi anda masih berada di jalan dakwah. Ingatlah bahawa bumi ini luas - sekiranya dakwah anda tidak berjaya pada satu tempat, maka berdakwahlah di tempat yg lain. Sekiranya dakwah anda tidak berjaya pada seseorang rakan, carilah rakan yg lain untuk berdakwah. Sesungguhnya bukan bilangan manusia yang didakwah menjadi kayu ukur, tetapi usaha yang telah anda letak dan praktikkan dalam menyebarkan ajaran islam.
Semoga memberi manfaat. Assalamualaikum.
Semoga memberi manfaat. Assalamualaikum.