Kalau saya marah kan, mst saya rs bengang gila... kalau org yg buat saya marah tu ada kat depan saya...
nak je saya tumbuk dia guna tangan saya ni..
nak je saya sepak dia guna kaki saya ni...
nak je saya maki hamun dia guna mulut saya ni..
Tapi kan, bila saya fikir2 balik...
Tangan saya ni Allah kurniakan untuk buat kebaikan...Bagi sedekah ke, tolong org ke... Patut ke saya tumbuk dia eh??
Kaki saya ni Allah kurniakan untuk buat kebaikan... Pergi masjid, pergi sekolah, pergi jalan2 cari ilmu... Patut ke saya sepak dia eh??
Mulut saya ni pun Allah kurniakan untuk buat kebaikan... Bercakap perkara yg menyenangkan, berdakwah, berzikir... Patut ke saya maki hamun dia eh??
Tak patut kan??
Kalau saya bosan kan, saya mest rasa benci gila dgn life. Kadang2 saya selalu mengeluh..." Adoii, bosan gila hidup ni, bila la aku nk habis study ni, bila la aku nk jd org dewasa ni...bla bla bla". Lepas tu, sbb saya bosan, saya mest gi jalan2 cari kawan... Sembang2 pasal awek ke, pasal makan DS ape malam nanti ke... Bila dah lepak, confirm masa habis 2 - 3 jam... Lepak memang best gilaaaa....
Tapi kan, bila saya fikir2 balik...
Life saya ni Allah kurniakan untuk buat kebaikan... Berdakwah ke, berbakti pada ibu bapa ke... Patut ke saya bosan dgn life eh??
Bila saya bosan, saya mesti pergi cari kawan2.. kononnya kawan tu boleh hilangkan boring.. Kenapa ya saya x cari Allah s.w.t bila saya bosan? Allah s.w.t tu kan sentiasa bersama dgn hambanya? Sentiasa melihat perbuatan hambanya? Sentiasa mendengar rintihan hambanya?Patut ke saya cari kawan saya bila bosan eh??
Masa saya ni pun Allah kurniakan untuk buat kebaikan...Berzikir ke, hafaz al-quran ke...Patut ke saya bazirkan dgn lepak dgn kawan2 eh???
Tak patut kan???
Kalau saya rindu kat si dia kan, saya mst rs nk dgr je suara dia... Mesti rasa mcm nk call dia..Kalau x dpt call, dpt msg dgn dia pn jadi la...Rindunyaaaa....
Tapi kan, bila saya fikir2 balik...
Perasaan rindu tu Allah s.w.t yg kurniakan... Patut ke saya rindu dekat org lain eh??
Patut ke saya rindu dekat hambanya, sedangkan Dia si Maha Pencipta??
Patut ke??
Tak patut kan??
Bila saya fikir2 lagi kan... Banyaknya bnda yg saya buat, tp saya jarang ingt Allah s.w.t.. Kenapa eh??
Saya nk jugak jd mcm para sahabat, ada iman yg mantap..
Saya nk juga jd mcm para sahabat, hidup hanya untuk Allah s.w.t..
Kalau boleh, semua benda yg saya buat, semua mesti sebab Allah s.w.t...
Seronoknya, kalau sy dapat buat semua ni... Lepas tu saya masuk syurga..
Waaahh..seronok...
kan??? =)
Thursday, June 4, 2009
Monday, June 1, 2009
agak2 sape masuk neraka awal eh???
Hari: Isnin
Tarikh: 01/06/2009...
Masa: 12:34 a.m
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.
Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"
Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

-Petikan daripada iluvislam-
Bila baca post ni mmg terasa habis la. Agaknya selama aku hidup ni, amalan aku ni ikhlas ke?
Kalau ade pn amalan yg ikhlas, agk2 diterima Allah x?
Haha, bila terfikir, rs mcm nk patah balik je masa, nk try ubah segala kesilapan. Ya Allah, bnyknya kesalahan yg aku dah buat...
But then, what is life without mistakes kan?
Yup, tanamkan semangat baru dalam diri, masa untuk berubah masih ada.. Walaupun dah banyak kali jatuh, tp still aku boleh bangun..
Walau apa pn..
semuanya berlaku dengan izin Allah..
Ya Allah, bantulah hambamu ini, amin...

Tuesday, May 26, 2009
hari ini: berimankah anda???
(BLOG 1)
Tempat: Masjid Kuarters KLIA
malam....
kehadiran aku, kawan aku 1 dan kawan aku 2 ternyata memberi makna kepada tabligh2 yang berada di masjid kuarters KLIA. Kehadiran kami disambut dgn snyuman dan penuh kemesraan. Masa tu kitorang baru habis solat maghrib, so kitorang diajak untuk dinner di lokasi bersebelahan dgn masjid.. Alhamdulillah, tuhan nk bagi rezeki. Perut mmg dah lapar dah, so kitorang pn sentai la..
Ape yg menarik tentang tabligh ni adalah sifat mereka yang ingin sentiasa mengamalkan sunnah rasulullah.. Masa kitorang makan dinner, nmpk la ade beberapa group ni makan "nasi talam". Untuk sesiapa yg xthu, nasi talam ni actually nasi yg dimakan dalam talam dan harus dimakan bersama 4 atau 5 org, klau x, x habis la nasi tu, haha...
Dinner kitorang malam tu mmg best gila, nasi minyak dengan kari ayam.(plus kicap cap kipas udang, haha).. Rasa dia, masyaAllah, sedap gila smpai xthu nk ckp cmne... Syukur dekat Allah S.W.T kerana masih mmberikan rezeki kepada hambaNya yg hina ni... Teringat aku kata-kata sorang abang ni masa kitorang makan nasi talam..
"Kita kena ingt klau kita makan, bukan makanan yang bagi perut kita kenyang. Yang bagi kita kenyang ialah Allah S.W.T.. Tanpa rahmat dan nikmat daripadaNya, makan la banyak mana pn. Kalau tuhan x bagi kenyang, tetap x kenyang.."
terharu gila doh aku dengar ayat dia. Begitu hebat iman tabligh sampai setiap saat dan masa mereka mengingati Allah. Kalau nk dibandingkan dgn diri aku ni, masyaAllah, jauh bezanya..
Lepas dah habis makan, kitorang pn siap sedia nk tidur. Kitorang tidur kat masjid gak, kat bahagian atas..
kesimpulannya, malam tu mmg best gila.. Aku berpeluang kenal dan lihat tingkah laku tabligh yg sebelum ni dipandang serong oleh org rmai.. Kepada rakan2 mudaku, jgn la pandang slack kat golongan tabligh ni. Diorang mungkin x bergaya, diorang mungkin miskin, diorang mungkin x bijak, tp diorang mempunyai iman yang kukuh.. Impian mereka adalah untuk menyebarkan dakwah, melakukan tugas rasul.. Kita, golongan belia seharusnya berikhtiar untuk menjadi seperti mereka. Alangkah bagusnya masa lapang yg kita ada digunakan untuk tujuan berdakwah..
Saya berpesan untuk rakan-rakan, dan diri saya sendiri... semoga hari esok kita lebih baik daripada hari ni, insyaAllah...
(BLOG 2)
Tempat: Pangkor
Tarikh: 26-28 May 2009
YAY!!!!!!!!!!
at last ahli kelas e08b berjaya gak buat trip yg pertama sebagai satu ahli keluarga.. Bersama mentor yang tercinta, Cikgu Rosmaria, kitorang mmg hav fun gila kat Pangkor..
Ape yg aku nk tekankan sebenarnya adalah keseronokan datang bukan sebab Pangkor itu sendiri.. Pangkor tu biasa je, pulau yg ade pokok klape, chalet and sebagainya. Keseronokan tu sebenarnya dtg daripada hubungan ahli kelas e08b yg sememangnya dicincang air tidak akan putus. Seriusly, aku sebagai class rep berbangga dgn korang. From the bottom of my heart, this is my best class ever. With the bond we create, i hope all of us will excel in IB programme.. Chaiyok2 e08b... =)
Rakan-rakanku e08b sekalian, sekiranya korang baca blog ni, berseronok tidak salah disisi islam.. Namun jgn pernah lupakan ibadah, huhu.. Jaga diri dan iman..=)

Thursday, March 19, 2009
islam di kain putih....
sempena dgn maulud nabi haritu, aku, yard ngan zubair ade buat video, haha...agk kelakarlah.. overal, ni hasil kerja aku yg paling best... :)
Saturday, January 24, 2009
mari peduli!!!!!!!!!!
Latar tempat: KL Sentral
Watak: Tidak Peduli
Watak kodi: tiada
*******************************************************************************
Suasana hingar bingar di McD KL Sentral... Berpusu-pusu org tidak kiralah yg berkulit cerah, sawo matang ataupun gelap membanjiri kaunter McD yang sememangnya sudah tersedia pelayan yg lengkap beruniform dan tersenyum mesra...
"Yes Sir, your order please??" kata pelayan tersebut dgn hormatnya sambil memaparkan logo "M" di kepalanya..
"Owh, give me Fillet O Fish, set large n please, replace the coke with 7 up"...
Bahasa org asing tersebut terkeluar lancar daripada mulut Tidak Peduli...
Fillet O Fish sememangnya telah menjadi makanan kegemaran Tidak Peduli sejak azali lagi.. Walaupun KFC dengan susah payahnya memperkenalkan "Alaskan Fish Burger" untuk menyaingi Fillet O Fish, namun perbezaan rasanya bagaikan langit dan bumi,..
ya, sudah tentu Fillet O Fish adalah si langit dan Alaskan Fish Burger adalah si bumi....
perbezaan rasa yg begitu ketara membuatkan Tidak Peduli tiada pilihan selain tidak memboikot McD....
namun mengapa boikot??? apa kau peduli dgn boikot???
untuk sesiapa yg tidak tahu, mungkin korang nak check balik i.c korang sama ada korang ni betul2 muslim ataupun tak...
Satu dunia tengah panas sekarang ni dengan isu Gaza diserang oleh rejim zionis...
Antara syarikat Multinational Corporation kesan Globalisasi yang menyumbangkan keuntungan mereka untuk pembelian senjata dan peluru bagi menyerang umat2 Islam di Gaza adalah.......
McDONALD!!!!!!!
Mungkin sesetengah orang seperti Tidak Peduli hanya mengambil ringan tentang perkara ini dan berkata..
"Ala beb, rilekslah... Burger yg kau beli tu peluru sasar punya... Aku gerenti, org yang tembak tu baru lagi masuk army... Ataupun mungkin duit yg kau sumbang tu digunakan untuk tujuan training, haaa, tgk, mane ade peluru tu bunuh orang kan???"
Huh, itu alasan SI PENGECUT!!
Kepada umat Islam di luar sana, McD memang sedap gila, aku tak nafikan..
Namun apa salahnya jika kita mengorbankan sedikit nafsu kita demi kepentingan saudara kita yg sedang menderita di Gaza....
Lagipun KFC, Pizza Hut, Marry Brown n Kenny Rogers kan ada???

Sunday, January 18, 2009
misai!!!!
watak: Lambat
masa: 5.30 ptg
***********************
5.30 ptg....
"huh hah huh hah"
5.32 ptg...
"huh hah huh hah"
5.33 ptg..
yes, smpai juga Lambat kat depan dewan besar kolej..
hari ni hari isnin, ade sesi latihan kawat yg diketuai oleh SARJAN MISAI, unit Jabatan Pertahanan Awam Malaysia..
malang bg Lambat, masa latihan JPAM bermula pada pkul 5.00 ptg.. Jd siap sedia lah untuk di belasah...hahaha
namun Lambat agak bernasib baik..
knape??
sbb yg lmbat bersama-sama Lambat ade lebih kurang 4 platun...(1 platun 33 org)...pergh bnyk gila!!!!!!
Ape lagi, Sarjan Misai x dpt menahan kebengangan di hati..lalu bertanya..
"KORANG SEMUA NI APSAL LMBAT HAA?? TAU X LATIHAN KAWAT PUKUL BRAPE???"
ye, tahu lah latihan pukul 5.00..
tp masalahnya solat asar berjemaah, and habis solat berjemaah imam first pkul 5.15 ptg... so nk buat cmne kan???
kedengaran suara sumbang menjawab soalan Sarjan Misai dgn nada ingin bergurau..
"Latihan start 5.30 ptg cik"
hahahahaha... semua org yg dtg lmbt tergelak mendengar jenaka bodoh tersebut...
Sarjan Misai yg sememangnya sdg marah kini semakin meletup-letup kerana telah disimbah minyak apabila mendengar jenaka dan gelak tawa tersebut...
"AKU NK KORANG SEMUA TURUN PUMPING SKARANG, 10 KALI!!!!!!!"
Lambat tergelak sinis..
"heh, 10 je ke?? xde hal lah"
maka setelah semuanya berada di posisi pumping, dgn diperhatikan oleh mereka2 yg dtg awal, Lambat dan orang2 lambat memulakan pumping...
"1!!!"
"2!!!"
"3!!"
Lambat mengira dgn begitu tekun dan asyik...
"4!!!"
"5!!"
Sarjan Misai kemudian dgn tiba2 bertanya..
"BERAPA DAH??"
kedengaran lagi jenaka bodoh yg sememangnya tidak serik...
"10 DAH CIK!!"
padahal kenyataannya mereka2 yg lmbat ni baru saja pumping 5 kali..
"10??? BRANI MAIN2 DGN AKU... 2!!!!)
siot, Sarjan Misai mengurangkan kiraan..
pumping yg sepatutnya sudah 5 kali menjadi 2 kali...
x guna si pelawak...
nk buat lawak pn fkir lah!!!!...
akibat dari bilangan pumping yg selalu dikurangkan oleh Sarjan, maka pumping yg sepatutnya menjadi 10 kali sahaja dah jadi ntah berapa puluh kali...
kdg2 dh pumping 9 kali dah..(selepas diturnkan bilangan pumping beberapa kali)
namun Sarjan masih menurunkan kiraan...
Haih, tu la kau, sape suruh dtg lambat???
Selepas selesai pumping, maka 4 platun tersebut berdiri dgn tgn masing2 yg menggeletar...
jauh di dasar hati mereka sememangnya tidak mahu lg dtg ke latihan kawat JPAM...
************************
Moral:
Jgn la lambat...masa itu emas rakan2...
Saturday, January 3, 2009
aku xkan kalah
hari - jumaat......
masa - 12.30 tgh hari...
kereta yg dipandu - honda city...
En Ego masuk ke dalam Masjid Kacang Cendol selepas keretanya yang tercalar semalam akibat perbuatan budak2 hingusan Taman Kencana di 'park' kan di bawah teduh. Pada langkah pertama kakinya masuk ke masjid, En. Ego berasa sejuk dan tenang. Mungkin kerana ia tempat ibadah, fikir En. Ego.....
Mata En. Ego liar mencari 'spot' yang sesuai untuk duduk. Kalau nk duduk mst lah bwh kipas, jadi En. Ego pun mencari kipas yg berpusing paling laju, dan duduk betul2 di bawahnya..
5 minit berlalu....
Sedang En. Ego melepak lalai tidak mendengar khutbah di dalam masjid, tiba2 lelaki dalam lingkungan umur 50 tahun datang dan duduk di sebelah En. Ego..
jeng3..
Ya, 'rakan baik' manusia akhirnya tiba.....
(monolog dalaman)
syaitan: Psstt, weh Ego, apehal tiba2 org tua ni duduk sebelah kau?? Menyebok gila. Kau tau tak org tua tu duduk sebelah kau sebab nk kipas je. Bajet alim la pkai kopiah. Padahal duduk bawah kipas sebab nk tidur masa khutbah..
En. Ego: Eh, ha'ah, org tua ni duduk sebelah mst sebab nk kipas aku. Nak tidur la tu. Kurang ajar org tua!!!
Lalu En. Ego pun tidak mengendahkan orang tua tersebut. Di dalam hatinya menyumpah-nyumpah orang tua tersebut, tidak ketinggalan juga keturunannya...
"assalamualaikum nak"
ZUPP!!! En. Ego tersentak. Pehanya disentuh oleh orang tua tersebut, dengan tujuan memanggilnya untuk bersalam. Sudah menjadi kebiasaan org islam untuk bersalam dengan orang sebelah kiri dan kanan ketika berada di dalam masjid. Mungkin tujuannya untuk merapatkan silaturrahim. siapa tahu kan?
"assalamualaikum nak", orang tua tersebut mengulangi ucapannya, mungkin saudara di sebelahnya itu tidak mendengar panggilannya..
syaitan: AAAHHH!! kau tak payah peduli salam orang tua tu. KONON NAK TUNJUK BAIK!!.
En. Ego: Err, tapi, aku x sampai hati..
syaitan: APSAL KAU NI LEMAH SANGAT?? SENANG PERCAYA DGN PENIPU MACAM TU.. EGO, AKU BAGI AMARAN, KAU JANGAN BALAS SALAM ORANG TUA TU!!!
En. Ego berasa serba salah..
lelaki tua yg dikutuk dan disumpahnya sebelum ini dengan hormatnya menghulurkan tangan kepadanya, mengharapkan salamnya dibalas sebagai saudara se islam. Senyuman manis yang diberikan orang tua tersebut akhirnya mengalahkan syaitan yg menghasut di dalam diri En. Ego.
tangan En. Ego dihulurkan...
"Err, Waalaikum... Waalaikumussalam pakcik" kata En. Ego sambil menggeletar...
Lelaki tua tersebut memandang En. Ego dan kali ini senyumannya lebih manis. Siapa sangka senyuman manis lelaki tua tersebut mampu menyentuh perasaan En. Ego, sekaligus mengalahkan syaitan yang menghasutnya.
En. Ego mengalihkan pandangannya dari orang tua tersebut, dan memandang lantai masjid..
"Ya Allah, ampunilah dosa ku kerana mengatakan perkara yang buruk tentang orang tua tersebut. Aku seorang manusia yang lemah, dan sering melakukan kesilapan. Jauhilah hasutan syaitan dariku Ya Allah.. "
amin....
........................
AKU XKAN KALAH PADA KAU SYAITAN...

Subscribe to:
Posts (Atom)