Thursday, September 17, 2009

mintak mak lemang sepotong, saya lapar kerna perut saya kosong...

hari raya....



lemang....



buluh....



Ape persamaan tiga2 benda ni agaknya? Sape nak jawab???

kanak2 riang 1: SAYA ENCIK, SAYA NAK JAWAB!!!! PERSAMAAN DIA SEMUANYA DIKAITKAN DENGAN WARNA HIJAU!!!!!

hmmm....logik gak jawapan tu.....

(cerita 1)

Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Hari ni Hamid x tidur lepas sahur.

Tujuannya?

Hari ni Hamid ada 'date' dengan nenek dia kat kampung. Nenek Hamid mintak tolong carikan buluh untuk masak lemang.

Bila mula-mula nenek mintak tolong, Hamid mmg x puas hati. Macam2 soalan datang kat dalam kepala Hamid..

"apsal kena ada lemang masa hari raya eh??"

"kalau xde lemang pun raya jugak....bukannya x boleh pakai baju raya pn..."

"kalau xde lemang pun pegi solat raya jugak...x boleh ponteng pun.."

"kalau xde lemang, ade je kuih2 lain, biskut kacang, biskut cornflakes, biskut koko crunch...haaa..kan semua moden2 tuh...kata hidup dalam zaman moden.."

"alaa...nak senang sangat....beli je la lemang...nak cari buluh susah-susah buat apa nek??"

(nenek: HAISH BUDAK NI AKU LEMPANG KARANG!!!!..)

ayat tersebut biasanya akan terkeluar daripada mulut orang-orang yg tidak sabar...namun sifat ini bukanlah sifat nenek hamid... nenek Hamid dengan rileksnya menjawab...

"Hamid, kalau xde lemang, x meriah la hari raya...kan?? dah, jom kita pegi cari buluh.. Jangan lupa pakai but tu..nanti cacing masuk dalam seluar baru tau.."

"OKAY NEK!!"

Tepat pada jam 9 pagi, Hamid pun masuk ke dalam hutan bersama dengan neneknya. Sepanjang perjalanan, nenek menebas-nebas lalang disekeliling. Hamid berasa pelik, lalu bertanya:

"Nek, kenapa nenek nak tebas lalang-lalang ni? biar la dia hidup, dia x buat salah pun? lagipun mana ada orang nak lalu tempat ni dah, kita je nek.."

"Nenek tebas ni sebab nak tanda laluan... Kalau masuk hutan, kita x boleh main ingat je, nanti sesat jugak sebab kiri kanan semuanya pokok, hah, mcm mana Mid nak beza bila nak balik nanti?"

"Ooooh...mcm tu eh nek? betul jugak..Mid banyak dengar cerita orang sesat dalam hutan.. takutlah nek, Hamid xnk sesat.."

"Hamid jangan risau, kalau kita sentiasa berharap pada pertolongan Allah S.W.T, insyaAllah, dia akan bantu kita...ok? dah, jom jalan lagi.."

"erm...btul tu nek...JOM!!"

Hamid kini semakin ceria, x sangka dalam perjalanan untuk mengambil buluh pun dirinya masih sempat ditarbiyah...

Selepas 15 minit perjalanan, akhirnya Hamid dan neneknya tiba di kawasan yang dihajati. Terdapat banyak buluh di kawasan tersebut. Tanpa membuang masa, nenek Hamid memilih buluh yang dirasakannya paling sesuai, mengeluarkan parang, dan mula menebang buluh tersebut. Sambil menebang Nenek berbual dengan cucunya..

"Hamid tahu, buluh macam ni pun ade orang jual tau.."

"Ada nek?? buluh kosong mcm ni?? yang boleh dapat free ni??"

"Ada Mid, ada orang jual....kalau x silap nenek biasanya orang jual RM10 satu buluh.. Mahalkan??"

"Ha'ah la nek, mahalnya buluh...tapi bila fikir balik memang patut la mahal...bukannya senang nak cari buluh..Kita ni pun nasib baik dekat kampung...sekurang-kurangnya ada hutan, boleh la cari buluh..... tu pun kena jalan lama baru boleh jumpa kawasan buluh...kan nek??

"Pandai cucu nenek....sebab tu ade sesetengah orang sanggup beli buluh daripada cari sendiri..." Kata nenek sambil tersenyum...

"Tapi nek, kenapa orang beli buluh?? kan ke lagi baik kalau orang beli lemang terus???"

"Mid, lemang yang dibeli dengan lemang yang dibuat sendiri x sama rasa dia... Mid rasa lemang yang nenek buat sedap x?

"Sedap nek, sedaaap sangat... Rasa lemak-lemak sikit.."

"Haaa, semua tu sebab buat sendiri la...bila kita buat lemang sendiri, bahan-bahan yang dipakai semuanya complete.. dibuat sesedap dan secukup rasa.. Kalau lemang yang dijual tu, penjual terpaksa masak lemang menggunakan bahan yang sikit dan murah, supaya lemang yang dijual boleh memberi untung..."

"Cuba kalau Mid bayangkan penjual lemang tu guna bahan yang mahal supaya lemang diorang sedap, mestilah lemang tu dijual balik dengan harga yang mahal sebab nak "cover" modal.. Kalau jual lemang mahal, agak-agak ada orang nak beli x??

"x nek..xde sape nak beli kalau mahal.."

"Pandai pun cucu nenek... jadi, kalau nak lemang sedap kena la buat sendiri.. biarlah susah dulu, asalkan cucu nenek dapat makan lemang yang sedap..."

"Terima kasih nenek...=) "

"Sama-sama"

Setelah selesai menebang beberapa buluh, Hamid dan nenek pulang semula ke rumah... Di rumah, Hamid yang letih kerana berjalan jauh dan berpuasa tersadai di kerusi malas neneknya...

"Nenek, terima kasih lagi sekali sebab bawak Mid pergi menebang buluh....banyak juga yang Mid belajar..."

"Pertama sekali, Mid belajar yang kita kena selalu berharap kepada Allah S.W.T... kerana walau apa pun yang berlaku pada kita, semuanya atas kehendak-Nya"

"Yang kedua, Mid belajar kalau kita nak benda yang baik dan elok, kita kena la bersusah dulu...betul la kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian... sebelum ni Mid x percaya nek..hehe.."

"Erm, yang ketiga plak, cuba nenek teka apa pengajaran dia?? '

"Ish kamu ni, nak main teka-teki plak dengan nenek...nenek ni dah tua... x larat nak lawan otak geliga kamu tu.."

"Hehe, yang ketiga pulak nenek, Mid belajar yang lemang nenek la lemang yang paaaaaaling sedap dalam dunia ni.... xde sape boleh kalahkan... kan nenek??"

"Haaa...nak bodek nenek ya??"

Nenek dan Hamid masing-masing ketawa... Alangkah indahnya hidup....=)

.................................................................

hargailah lemang-lemang yang dimasak oleh nenek korang... susah tau nak cari buluh....

9 comments:

  1. aku x da nenekk..
    dah meninggal..lagipun..nenek aku x masak lemang.. )=

    huhu..saya x nak jadi cam cucu ni..
    dah la banyak tanya..bukan tolong pown..
    nenek jer buat semua..
    hampeh!!

    ReplyDelete
  2. banyak tanya bina ilmu...the chosen x sepatutnya menghalang perkembangan ilmu...haish..

    ReplyDelete
  3. masalah nyer..x tolong..
    bukan terdiri dari golongan the c8..

    ReplyDelete
  4. salamat ari rye
    maaf zahir batin safwan roslan
    0-0 ye

    ReplyDelete
  5. syamil - banyak cekadak ko..haha..

    yard - slamat ari raya gak..0-0 yard..heheh

    ReplyDelete
  6. atokk! selamat hari raya..maaf zahir batin ehh..:)

    ReplyDelete
  7. fara - ahaha...slamat ari raya... semua kesalahan ko aku maafkan kecuali part blanje McD.. wah ingt lg...hoho

    ReplyDelete
  8. buluh org guna men mriam kowt.......

    ReplyDelete
  9. meriam boleh, nak tibai orang pn boleh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...