Hari ni aku spend agak banyak masa aku kat website youtube. For the first time ever aku cuba nak selami perasaan sesetengah manusia yang begitu mengagumi famous youtubers (pembuat video youtube laaah). Antara contoh yang cliche adalah mysteryguitarman, niga higa, ray william johnson and bla bla bla. After viewing almost all of their videos, aku sedar yang some of them ada bakat yang sememangnya AMAZING. Aku malas la nak tulis panjang, so aku rs mcm lg bagus kalau just tunjuk kat korang one of the many videos which was made by mysteryguitarman yang aku rasa sangat best.
So after watching the above video aku rasa korang pun mesti setuju yang mamat kat atas sangat talented dengan music (kalau x percaya boleh la tengok sendiri video dia yang lain). To me he's a genius, not only because he is good when dealing with musics, but also he knows how to use and spread his talent wisely. I dont know about his education background and stuffs, but i'm quite sure he made a lot of money with his youtube account!!
To all the readers,
Tujuan aku buat post ni bukanlah nak suruh korang semua berlumba-lumba guna talent yang korang ada untuk jadi youtubers yang terkenal, sebaliknya, aku nak korang berfikir sejenak pernah tak korang GUNAKAN BAKAT YANG TELAH ALLAH S.W.T BERIKAN? Dan adakah bakat yang dikurniakan itu digunakan untuk tujuan yang bermanfaat?
Well, if the answer is no, aku nak share dengan korang satu quote.
"We are each gifted in a unique and important way. It is our privilege and our adventure to discover and use it in our own special way "
Mary Dunbar, improvised by SR
Allah S.W.T telah menjadikan manusia di muka bumi ini berbeza-beza - daripada warna kulit, kaum, perwatakan dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan juga bahawa Allah S.W.T mengurniakan sifat yang berbeza pada hambanya - which is setiap manusia di muka bumi ini mempunyai kelebihan atau bakat yang tersendiri. Namun pernahkah korang semua terfikir apa tujuannya Allah S.W.T memberikan bakat tersebut? Untuk menjawab soalan ni, kita berbalik semula pada tujuan kita dihidupkan di muka bumi.
Semua orang islam sedar bahawa tujuan mereka dilahirkan adalah untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Sekiranya dilihat pada sirah Nabi Muhammad S.A.W, beribadah kepada Allah S.W.T bukanlah hanya dengan melakukan solat 5 waktu semata-mata, malah ia lebih berat daripada itu. Antara tugas-tugas yang harus dipikul oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat adalah menyebarkan fahaman Islam pada semua manusia di muka bumi ini, kerana mereka telah bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah S.W.T. Tugas itu juga telah dipikul oleh generasi seterusnya sehinggalah pada masa sekarang. Sekiranya seseorang itu benar-benar beriman pada Allah S.W.T, maka dia akan sedar bahawa dia bertanggungjawab dalam menyambung tugas Rasulullah S.A.W untuk menyebarkan dakwah - dan disinilah bakat yang ada pada setiap individu itu memainkan peranan.
Rakan-rakan sekalian,
Bakat yang diberi oleh Allah S.W.T tidak sepatutnya disia-siakan untuk tujuan yang kurang bermanfaat. Contoh yang paling simple - kalaulah korang ni hebat main DOTA, korang pernah terfikir tak yang sebenarnya korang ni hebat dalam merancang strategi? (since strategi penting kalau nak hebat main game DOTA). Why not kalau korang gunakan kepakaran yang ada tu untuk buat sesuatu yang lebih bagus, contohnya "strategi untuk mengembangkan minat pelajar kepada usrah" or sebagainya. Well, aku tak nak dilabel sebagai seorang yang berfikiran tertutup dan asyik cerita pasal usrah sahaja. Korang boleh jugak gunakan bakat yang korang ada untuk buat bisnes, since strategi pun sangat penting dalam bisnes kan? Bila dah kaut untung banyak-banyak, sedekah la sikit kat masjid or mana-mana persatuan yang komited dalam menjalankan dakwah. Islam ni agama mudah, pusing-pusing kat mana pun, kalau buat benda baik confirm dapat pahala punyalaaaahh!!!
Well, ada banyak lg bakat-bakat lain yang aku rasa korang sendiri pun tahu macam mana nak gunakan pada jalan dakwah. All of you guys are intelligent fellas, so please dont waste your brain cells and start thinking about it. Tolong buang ego yang ada pada diri korang and start taking this matter seriously. Pada sahabat-sahabat aku yang sebaya, sedarlah yang kita ni dah dewasa, dah berjanggut pun. Kalau bukan sekarang masanya nak fikir pasal dakwah, bila lagi weh?
So macam mana? dah figure out belum bakat sendiri?
No comments:
Post a Comment