Saturday, January 24, 2009

mari peduli!!!!!!!!!!

Latar tempat: KL Sentral
Watak: Tidak Peduli
Watak kodi: tiada

*******************************************************************************


Suasana hingar bingar di McD KL Sentral... Berpusu-pusu org tidak kiralah yg berkulit cerah, sawo matang ataupun gelap membanjiri kaunter McD yang sememangnya sudah tersedia pelayan yg lengkap beruniform dan tersenyum mesra...

"Yes Sir, your order please??" kata pelayan tersebut dgn hormatnya sambil memaparkan logo "M" di kepalanya..

"Owh, give me Fillet O Fish, set large n please, replace the coke with 7 up"...

Bahasa org asing tersebut terkeluar lancar daripada mulut Tidak Peduli...

Fillet O Fish sememangnya telah menjadi makanan kegemaran Tidak Peduli sejak azali lagi.. Walaupun KFC dengan susah payahnya memperkenalkan "Alaskan Fish Burger" untuk menyaingi Fillet O Fish, namun perbezaan rasanya bagaikan langit dan bumi,..

ya, sudah tentu Fillet O Fish adalah si langit dan Alaskan Fish Burger adalah si bumi....

perbezaan rasa yg begitu ketara membuatkan Tidak Peduli tiada pilihan selain tidak memboikot McD....

namun mengapa boikot??? apa kau peduli dgn boikot???

untuk sesiapa yg tidak tahu, mungkin korang nak check balik i.c korang sama ada korang ni betul2 muslim ataupun tak...

Satu dunia tengah panas sekarang ni dengan isu Gaza diserang oleh rejim zionis...

Antara syarikat Multinational Corporation kesan Globalisasi yang menyumbangkan keuntungan mereka untuk pembelian senjata dan peluru bagi menyerang umat2 Islam di Gaza adalah.......

McDONALD!!!!!!!

Mungkin sesetengah orang seperti Tidak Peduli hanya mengambil ringan tentang perkara ini dan berkata..

"Ala beb, rilekslah... Burger yg kau beli tu peluru sasar punya... Aku gerenti, org yang tembak tu baru lagi masuk army... Ataupun mungkin duit yg kau sumbang tu digunakan untuk tujuan training, haaa, tgk, mane ade peluru tu bunuh orang kan???"

Huh, itu alasan SI PENGECUT!!

Kepada umat Islam di luar sana, McD memang sedap gila, aku tak nafikan..

Namun apa salahnya jika kita mengorbankan sedikit nafsu kita demi kepentingan saudara kita yg sedang menderita di Gaza....

Lagipun KFC, Pizza Hut, Marry Brown n Kenny Rogers kan ada???

Sunday, January 18, 2009

misai!!!!

watak: Lambat
masa: 5.30 ptg
 
***********************

5.30 ptg....

"huh hah huh hah"

5.32 ptg...

"huh hah huh hah"

5.33 ptg..

yes, smpai juga Lambat kat depan dewan besar kolej..

hari ni hari isnin, ade sesi latihan kawat yg diketuai oleh SARJAN MISAI, unit Jabatan Pertahanan Awam Malaysia..

malang bg Lambat, masa latihan JPAM bermula pada pkul 5.00 ptg.. Jd siap sedia lah untuk di belasah...hahaha

namun Lambat agak bernasib baik..

knape??

sbb yg lmbat bersama-sama Lambat ade lebih kurang 4 platun...(1 platun 33 org)...pergh bnyk gila!!!!!!

Ape lagi, Sarjan Misai x dpt menahan kebengangan di hati..lalu bertanya..

"KORANG SEMUA NI APSAL LMBAT HAA?? TAU X LATIHAN KAWAT PUKUL BRAPE???"

ye, tahu lah latihan pukul 5.00..

tp masalahnya solat asar berjemaah, and habis solat berjemaah imam first pkul 5.15 ptg... so nk buat cmne kan???

kedengaran suara sumbang menjawab soalan Sarjan Misai dgn nada ingin bergurau..

"Latihan start 5.30 ptg cik"

hahahahaha... semua org yg dtg lmbt tergelak mendengar jenaka bodoh tersebut...

Sarjan Misai yg sememangnya sdg marah kini semakin meletup-letup kerana telah disimbah minyak apabila mendengar jenaka dan gelak tawa tersebut...

"AKU NK KORANG SEMUA TURUN PUMPING SKARANG, 10 KALI!!!!!!!"

Lambat tergelak sinis..

"heh, 10 je ke?? xde hal lah"

maka setelah semuanya berada di posisi pumping, dgn diperhatikan oleh mereka2 yg dtg awal, Lambat dan orang2 lambat memulakan pumping...

"1!!!"

"2!!!"

"3!!"

Lambat mengira dgn begitu tekun dan asyik...

"4!!!"

"5!!"

Sarjan Misai kemudian dgn tiba2 bertanya..

"BERAPA DAH??"

kedengaran lagi jenaka bodoh yg sememangnya tidak serik...

"10 DAH CIK!!"

padahal kenyataannya mereka2 yg lmbat ni baru saja pumping 5 kali..

"10???  BRANI MAIN2 DGN AKU... 2!!!!)

siot, Sarjan Misai mengurangkan kiraan..

pumping yg sepatutnya sudah 5 kali menjadi 2 kali...

x guna si pelawak...

nk buat lawak pn fkir lah!!!!...

akibat dari bilangan pumping yg selalu dikurangkan oleh Sarjan, maka pumping yg sepatutnya menjadi 10 kali sahaja dah jadi ntah berapa puluh kali...

kdg2 dh pumping 9 kali dah..(selepas diturnkan bilangan pumping beberapa kali)

namun Sarjan masih menurunkan kiraan...

Haih, tu la kau, sape suruh dtg lambat???

Selepas selesai pumping, maka 4 platun tersebut berdiri dgn tgn masing2 yg menggeletar...

jauh di dasar hati mereka sememangnya tidak mahu lg dtg ke latihan kawat JPAM...


************************

Moral:

Jgn la lambat...masa itu emas rakan2...


Saturday, January 3, 2009

aku xkan kalah

hari - jumaat......

masa - 12.30 tgh hari...

kereta yg dipandu - honda city...

En Ego masuk ke dalam Masjid Kacang Cendol selepas keretanya yang tercalar semalam akibat perbuatan budak2 hingusan Taman Kencana di 'park' kan di bawah teduh. Pada langkah pertama kakinya masuk ke masjid, En. Ego berasa sejuk dan tenang. Mungkin kerana ia tempat ibadah, fikir En. Ego.....

Mata En. Ego liar mencari 'spot' yang sesuai untuk duduk. Kalau nk duduk mst lah bwh kipas, jadi En. Ego pun mencari kipas yg berpusing paling laju, dan duduk betul2 di bawahnya..

5 minit berlalu....

Sedang En. Ego melepak lalai tidak mendengar khutbah di dalam masjid, tiba2 lelaki dalam lingkungan umur 50 tahun datang dan duduk di sebelah En. Ego..

jeng3..

Ya, 'rakan baik' manusia akhirnya tiba.....

(monolog dalaman)

syaitan: Psstt, weh Ego, apehal tiba2 org tua ni duduk sebelah kau?? Menyebok gila. Kau tau tak org tua tu duduk sebelah kau sebab nk kipas je. Bajet alim la pkai kopiah. Padahal duduk bawah kipas sebab nk tidur masa khutbah..

En. Ego: Eh, ha'ah, org tua ni duduk sebelah mst sebab nk kipas aku. Nak tidur la tu. Kurang ajar org tua!!!

Lalu En. Ego pun tidak mengendahkan orang tua tersebut. Di dalam hatinya menyumpah-nyumpah orang tua tersebut, tidak ketinggalan juga keturunannya...

"assalamualaikum nak"

ZUPP!!! En. Ego tersentak. Pehanya disentuh oleh orang tua tersebut, dengan tujuan memanggilnya untuk bersalam. Sudah menjadi kebiasaan org islam untuk bersalam dengan orang sebelah kiri dan kanan ketika berada di dalam masjid. Mungkin tujuannya untuk merapatkan silaturrahim. siapa tahu kan?

"assalamualaikum nak", orang tua tersebut mengulangi ucapannya, mungkin saudara di sebelahnya itu tidak mendengar panggilannya..

syaitan: AAAHHH!! kau tak payah peduli salam orang tua tu. KONON NAK TUNJUK BAIK!!.

En. Ego: Err, tapi, aku x sampai hati..

syaitan: APSAL KAU NI LEMAH SANGAT?? SENANG PERCAYA DGN PENIPU MACAM TU.. EGO, AKU BAGI AMARAN, KAU JANGAN BALAS SALAM ORANG TUA TU!!!

En. Ego berasa serba salah..

lelaki tua yg dikutuk dan disumpahnya sebelum ini dengan hormatnya menghulurkan tangan kepadanya, mengharapkan salamnya dibalas sebagai saudara se islam. Senyuman manis yang diberikan orang tua tersebut akhirnya mengalahkan syaitan yg menghasut di dalam diri En. Ego.

tangan En. Ego dihulurkan...

"Err, Waalaikum... Waalaikumussalam pakcik" kata En. Ego sambil menggeletar...

Lelaki tua tersebut memandang En. Ego dan kali ini senyumannya lebih manis. Siapa sangka senyuman manis lelaki tua tersebut mampu menyentuh perasaan En. Ego, sekaligus mengalahkan syaitan yang menghasutnya.

En. Ego mengalihkan pandangannya dari orang tua tersebut, dan memandang lantai masjid..

"Ya Allah, ampunilah dosa ku kerana mengatakan perkara yang buruk tentang orang tua tersebut. Aku seorang manusia yang lemah, dan sering melakukan kesilapan. Jauhilah hasutan syaitan dariku Ya Allah.. "

amin....

........................

AKU XKAN KALAH PADA KAU SYAITAN...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...