Friday, July 9, 2010

Asyik MLM je.... xnk tukar MLI?

Assalamualaikum…

Setelah boleh tahan lamanya aku meninggalkan bidang blogging, kebosanan melepak di rumah telah memberikan semangat yg berkobar2 untuk aku mula menulis kembali. Aku xkn membazir masa dgn merengek2, contohnya tntang blog aku yg kini berhabuk dan sebagainya, namun untuk mmbawa pembaca semua terus kepada ‘main point’, ilham untuk entri kali ini dtgnya apabila semakin ramai kawan2 aku join MLM.

Ye lah, siapa yg taknak duit kan? Barangan branded seperti kasut, baju, handphone dan sebagainya menjadi idaman setiap remaja. Barulah nampak cool skit bila kluar dgn member2 lain kan? Justeru, aku faham kenapa member2 aku mula berjinak2 dgn dunia bisnes. Nak sara anak bini nanti kan? Kalau x kumpul skarang bila lagi???

Ya, mmg betul x salah untuk berbisnes.. in fact, aku pn tgh memikirkan kerjaya apa yg sesuai untuk dilakukan pada masa cuti ni. Alhamdulillah, ketika otak kerdil ini berusaha sedaya upaya untuk memikirkan bisnes yg terbaik, timbullah idea MLI yg sememangnya satu konsep baru yg sama tarafnya dgn MLM. (actually xdelah baru sgt pn, cuma tetiba terfikir)

Apa sebenarnya MLI ni??? Dan yg penting lg apa kebaikannya???

Seperti yg anda semua telah sedia maklum, MLM merupakan kegiatan bisnes yg menjaminkan pulangan yg sangat lumayan (dlm bentuk wang dan harta benda) kepada pengusaha-pengusaha bisnes yang bekerja keras. Bak kata orang, siapa yg ada kat bahagian “atas” and ada bnyk org kat “bawah” dia dlm bisnes ni, confirm dpt duit yg melimpah ruah. Bila dgr je statement ni, confirm semangat berkobar2 akan dtg lantas menarik rmai orang menyertai MLM.

MLI, iaitu short form kepada Mari Lonjakkan Iman pula merupakan satu jenis bisnes juga, namun kelebihannya adalah pulangan yg anda bakal perolehi merupakan sesuatu yg lebih lumayan daripada harta benda dunia. Anda bukan sahaja bakal mendapat kekayaan melimpah ruah, malah mungkin lebih disayangi di sisi Allah SWT. Tanpa membuang masa, di bawah adalah antara perkara yg anda harus lakukan untuk berjaya di dalam bisnes MLI. Mari kita hayati satu per satu.

  1. Sementara anda sibuk berchatting di YM, apalah salahnya jika meletakkan “Subhanallah”, ataupun “Allahuakbar” pada status YM anda. Dengan melakukan demikian, setiap kali anda online sahaja, diri anda akan terus membaca status tersebut dan secara tidak langsung telah mengingatkan anda pada Allah SWT. Bukan anda sahaja, malah rakan2 turut mendapat benefit yg sama apabila membaca status anda. Bayangkanlah kalau anda mempunyai 100 org kawan yg online dan membaca status tersebut, bukankah saham pahala anda akan meningkat dgn bnyknya atas usaha tersebut? =) bisnes yang sgt bagus kan?
  2. Setiap bisnes pasti memerlukan pelaburan. Bg MLI, modalnya bermula daripada serendah 10 sen (1 sen dh xde kan?) sehinggalah semaksimum mungkin yang anda mampu berikan. Tempoh masa aktiviti ini dilakukan tidak tetap, namun waktu yg paling mudah untuk anda melakukannya adalah pada waktu solat jumaat. Perbuatan ini sebenarnya adalah sedekah, namun untuk meperlihatkan lagi keuntungannya, aku memilih untuk melihatnya sbg ‘bisnes’. Bayangkan anda bersedekah 10 sen, (anggaplah mcm korang labur 10 sen). Pulangannya akan diberikan oleh Allah SWT dalam bentuk yang kita tidak akan pernah sangka, malah akan digandakan lagi kerana Allah itu Maha Pemurah. Tidakkah anda semua melihat bahawa pulangan ini adalah lebih baik dripada melaburkan duit di dalam saham2 yg belum tentu terjamin pulangannya? Perbuatan ini amat mudah namun manusia sering leka dan menghindarinya akibat nafsu diri yang tamak akan harta dunia.
  3. Masa juga perlu dikorbankan di dalam bisnes. Selain melakukan “meeting” yg wajib sbg hamba Allah SWT, “meeting” yg sunat juga haruslah diperbanyakkan. Solat sunat dhuha, qabliah dan ba’diah merupakan solat yang sgt mudah dilakukan, tambahan lagi pada kita pelajar KMB yg sedang bercuti panjang.

korang hidup ni nk duit je ke??

Cukuplah setakat ni saja. Nanti tulis panjang2 bosan pulak pembaca nak habiskan. Nak dipendekkan cerita, bisnes ni takde lah susah mana pun. Sekadar peringatan untuk sahabat2 bg mempersiapkan diri anda untuk akhirat. Bnyak lagi cara2 yang aku yakin korang sendiri pn tahu, Cuma malas nak praktikkan je. Kepada pelajar KMB, sementara masa masih ada, isilah dgn perkara2 yang bermanfaat. Disebalik perasaan ingin mencari kekayaan dunia, selitkanlah juga sedikit perasaan untuk menjadi ahli syurga Allah SWT. Bukankah waktu hidup di sana lebih lama? Jd apa salahnya “berbisnes” untuk mengumpulkan harta di sana yang insyaAllah akan kekal selamanya? =)

5 comments:

  1. tu la. kalau bukan sebab MLM, dah lama kita mandi-manda dekat tambun :)

    ReplyDelete
  2. weh, nak join, nak join!
    register kat mana ye, bang?
    >.<

    Serius, tolong aku bro...
    saham MLI aku dah jatuh teruk ni...
    perlukan pakej stimulus~
    T_T

    ReplyDelete
  3. jom join mbk,
    http://kuihrayasedapsangat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...