Monday, December 13, 2010

Tips untuk kau hidup kekal abadi?


HAHAHAHAHA!!

lg sekali aku nak gelak.

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!

Sorry la kawan2, kalau betul kau nak tips untuk hidup kekal abadi, jangan cari kat aku. Aku bukannya ada power pun. Aku bukan zeus, thor, hercules ataupun mana-mana the so called greek gods yg se'geng' dgn diorang. Aku orang biasa2 je, hamba Allah yang biasa2 je.

Sedarlah bro mana ada tips untuk hidup kekal abadi. Walaupun ini fact yg terang lg nyata, aku berani jamin 100% masih ada belambak lagi manusia yg "berfikiran" diorang ni hidup kekal abadi. Kenapa aku ckp mcm tu? Aku xnaklah tuding jari kat sapa2 untuk membuktikan teori aku ni, cukup aku bg example berdasarkan diri aku saja.

Sejak dari kecik aku rasa aku dah ada kat landasan yang betul. Keluarga aku ok la. Solat jaga, puasa ramadhan pun buat, aku x lepak ngan kanak2 rosak, aku pergi sekolah agama waktu petang2. Rasa-rasanya insyaAllah la, peluang aku nak masuk syurga tu tinggi. Aku rs aku dah buat banyak amal, aku belajar pun kononnya kerana nak dapatkan keredhaan Allah. Tapi lepas
beberapa lama baru aku sedar, aku sebenarnya menipu diri sendiri. Aku belajar sebab nak jadi engineer kot, sebab nak dpt gaji banyak, sebab nak hidup senang lenang. Bukan aku belajar sebab nak cari ilmu untuk dpt keredhaan Allah. Pada korang semua, x payahla nak tipu diri sendiri. Belajar kerana Allah yg korang selalu sebut-sebutkan hanyalah alasan untuk sedapkan hati korang saja. Check balik bro, betul ke niat kau tu kerana Allah? ataupun sekadar lafaz di bibir saja? Pada siapa yg niat dia betul, alhamdulillah, tp pada sapa yg terasa, sila check balik niat anda.

Anyway, apa yg aku nak highlightkan is, aku mengejar impian yang kononnya aku pasti dapat, iaitu menjadi engineer. Siang dan malam aku study hanya untuk itu saja, walhal aku x sedar langsung tentang satu benda yg boleh menggerunkan sesiapa sahaja yg beriman apabila ia disebut, iaitu KEMATIAN. Aku x sedar pun yang aku boleh je mati sebelum PMR, boleh je mati sebelum SPM. Tuhan boleh je tarik nyawa aku before aku fly pergi Australia. Tapi apa yang aku buat? Aku leka bro, aku leka dengan angan-angan masa depan mewah aku pada 10 tahun yang akan dtg, tanpa mengingati langsung ajal aku yang mungkin akan dtg pada esoknya. Oleh sebab tu, untuk post pada hari ni aku nak share dgn korang hadis Nabi Muhammad s.a.w, mafhumnya.

Umar meriwayatkan, seorang lelaki telah dtg dan bertanya pada rasulullah

"Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?"

Rasulullah menjawab:

"Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia"

Lelaki itu bertanya lagi;

"Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?"

Jawab Rasulullah lagi,

"Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk mati"

(Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya)

Ok, daripada hadis di atas, Nabi Muhammad s.a.w telah menyatakan bahawa orang yang paling cerdik ialah orang yang mengingati mati. Tapi korang pernah terfikir x kenapa orang yg ingat mati orang yg paling cerdik? Kenapa bukan orang yg buat buku biology yg paling cerdik? Kenapa bukan einstein yg dikagumi satu dunia tu yg paling cerdik? Why bro? WHY?????? Berikut merupakan hasil kajian aku, and aku harap anda semua berfikiran terbuka untuk menerimanya. Kalau salah sila tegur, aku menerima kritikan yg membina.

Untuk sapa2 yg dah biasa pasal topik ni, konfirm2lah tahu org yg selalu ingt mati ni akan mengawasi perbuatan dan amalan dia. Segala larangan Allah s.w.t ditinggalkan dan segala suruhannya dibuat. Kalau boleh kehidupan dia seharian tu penuh dengan zikir dan segala apa perbuatan pun yg seboleh-bolehnya membantu diri dia jauh dari api neraka. So korang cuba fikir? Apa kena mengena benda ni dengan cerdik? Bukankah perbuatan manusia yg aku terangkan td lebih kepada takut untuk menghadapi azab Allah s.w.t? So tell me guys apa yg cerdiknya dgn melakukan perbuatan sedemekian? Ok kalau korang nak ckp:

"Dia cerdik la dia buat amalan tu, so dat dia boleh lari daripada azab Allah"

Ya ya aku taulah itu pun cerdik juga, tp xkan takde input ataupun ilmu yang lebih mendalam daripada hadis nabi tersebut? Hati aku x boleh terima penjelasan yg terlalu simple. Most of the blogs yg aku bc elaborate benda yg cliche. Satu perenggan satu amalan, in the end, the whole post actually talk about one simple thing - manusia harus mengingati mati so dat diorang jaga amalan sendiri.

Setelah lama aku fikir, barulah aku rs aku jumpa jawapan dia.

Apabila manusia mengingati mati, akan terdetik dalam hati mereka perasaan gerun terhadap penciptanya - bagi muslim, perasaan tersebut adalah untuk Allah s.w.t. Apabila perasaan ini timbul, manusia akan lebih mengawal nalurinya untuk melakukan benda yang betul. Secara amnya manusia mempunyai sikap tamak, ingin tahu, ingin mengkaji dan sebagainya. Dengan mengingati mati, manusia akan lebih terdorong untuk menggunakan sikap2 tersebut untuk tujuan kebaikan. Sebagai contoh, sikap ingin tahu manusia akan digunakan untuk lebih mengetahui tentang ilmu yg diturunkan oleh Allah s.w.t. Ilmu2 yg tidak berguna seperti skandal britney spears ataupun kehidupan selebriti mandy moore tidak akan di ambil endah, kerana mereka sendiri tahu ilmu tersebut tidak akan ada gunanya selepas mereka mati. Dengan mengingati mati juga, perasaan tamak manusia tidak lagi digunakan untuk mengumpul harta kekayaan ataupun pangkat dan kuasa yg sia2. Sebaliknya, perasaan tamak ini digunakan untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Apa yg dimaksudkan dengan ibadah bukanlah solat 5 waktu, solat sunat dhuha, bc al quran dan sbgnya sahaja. Korang harus meletakkan makna ibadah itu pada skop yg lebih luas. Mengkaji dunia (sains) merupakan satu cabang ibadah yg ramai orang tidak sedar. Kemajuan dunia dari segi teknologi juga sebenarnya satu ibadah, namun apa yg sedihnya peranan tersebut bukan dipegang oleh orang muslim, tetapi org kafir. Terdapat sebahagian manusia yang berfikiran sempit dengan menganggap bahawa sains tidak perlu dipelajari, kerana bagi mereka yg penting adalah ilmu agama - bc quran, menghafal hadis dan sebagainya. Sesetengah manusia juga mungkin akan menasihati golongan tersebut dengan berkata

"Kita tidak seharusnya memberikan komitmen 100% pada akhirat saja, sebaliknya, ia haruslah seimbang kerana itulah yg dituntut oleh Islam, iaitu 50% dunia, 50% akhirat"

Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan pendapat kat atas. Kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ni sebenarnya mmg 100% untuk akhirat. Apa tujuan Allah s.w.t hidupkan kau? Untuk beribadah pada-Nya kan? Bila aku cakap komitmen 100% pada akhirat, jangalah korang anggap aku maksudkan 0% komitmen pada duniawi. Aku sebenarnya cuba nak ubah konsep yg difahami oleh manusia sekarang. Apabila kau komited terhadap kerja, tak semestinya bermaksud kau komited terhadap duniawi sahaja. Kerja juga merupakan satu ibadah, dan tidakkah ibadah itu adalah komitmen korang terhadap akhirat? Riadah petang2, juga merupakan perkara duniawi. Main frisbee, tennis, bola dan sebagainya. Namun dgn riadah, kita akan dapat tubuh badan yg sihat, dan bukankah itu juga satu ibadah?

There are nothing for us in this world bro, as it will gone when the right time comes. Therefore we should give ourselves the best shot to give the fullest commitment for the hereafter.

So, from the above explanation korang boleh nampak apa yg dimaksudkan oleh Rasulullah dgn "orang yg paling cerdik ialah mereka yg banyak mengingati mati dan banyak membuat persiapan untuk mati". Apa yg dimaksudkan dgn manusia yg cerdik adalah manusia yg menggunakan akal dan naluri mereka pada jalan yg betul, jalan Allah s.w.t. Dengan mengingati mati, perasaan ini sebenarnya telah di"amplify"kan, kerana kita x boleh tahu bila kita akan mati. Aku bg korang contoh yg simple, kalau kau rs kau mati esok, mestilah kau akan berikan usaha yg terbaik untuk menikmati segalanya yg ada di dalam dunia ni kan? Tidak kiralah ibadah, ilmu sains, ilmu agama ataupun apa2 sahaja. Korang jugak akan buat persiapan yg secukupnya untuk berjumpa dgn Allah s.w.t, kerana bg kita orang islam, hari perhitungan akan menunggu kita apabila kita dibangkitkan kelak. Siapa yg nak masuk neraka kan? haha

Rakan2 sekalian,

Dekat luar sana masih ramai lagi manusia yg tidak sedar akan hakikat kematian. Akibatnya, diorang ni berlagak dan dgn selambanya mempersendakan tuhan. Aku nak share ngan korang dialog sorang mamat nih. Dia x puas hati dengan tindakan Allah melemaskan firaun apabila firaun mengejar Nabi Musa a.s. Berikut merupakan dialog dia.

aku dituduh manusia merbahaya kerana aku soal pasal moraliti tuhan apabila ramai bayi di mesir dibunuh macam genoside masa zamam musa
aku soal kenapa tuhan tak mamposkan sahaha firaun. lepas tu lantik moses jadi firaun baru. zaman dulu semua penduduk ikut kepala. kalau kepala agama X maka satu negara lah jadi orang kaum X.
Masa bapa Akhanaten, bapak Tutankamun menjadi firaun, beliau haramkan amalam polyetheist. hanya Anubis sahaja yang boleh disembah masa dia jadi firaun. maka Akhanaten dah buat agama monoestic lama dah.
"tapi bro..... kalau orang masuk agama ikut kepala apa guna.. itu ikut ikutan"
really?
habis tu orang melaka ikut sultan muzaffar shah (itu ke nama dia) masuk islam secara pukal tak sama
at the end of the day meleis sekarang dah jadi muslim pasal pemasukan pukul sultan melaka dulu
ini tidak
tuhan bunuh satu mesir. kasi seksa satu mesir semata nak paksa si firaun masuk agama bawaan si musa.
lepas tu dia degil
dia jadi rebel nak indie
tuhan bunuh lagi rakyat mesir
sampai last last si firaun degil jugak. masa dia cross laut baru tuhan bunuh dia
i mean
WTF GOD? bukan engkau OMNIPOTENT ke? bukan engkau boleh nampak future ke dan tahu engkau bagi MESIR 7 plagues and what shit si firaun tak akan masuk agama musa
so WHY KILL the innocent egyptians?
bukankah tuhan juga yang MENURUNKAN hidayat? that means tuhan tak nak turunkan hidayat pada firaun lepas tu punish mesir jugak
WHAT THE FUCK IS THAT ALL ABOUT
itu baru satu soalan moraliti gua tanya pada serbanistas
tahu apa jawapan dia
"ini urusan allah dan perkara ghaib kita tak boleh nak kata ianya moral atau tidak"
kepala butoh bapak dia.
tuhan yang tyrant engkau tak boleh point a finger ke kesalahan dia pada manusia macam tu?
babi aku emo hari ni pasal entry engkau
HAHAHA
tu belum sentuh bab evolution dan sains tinggi lagi ni der
ok lah
takpelah gua kena cap "dajjal" dan "orang yang menyesatkan"
kalau korang nak buta tak nak persoal moraliti tuhan let it be
aku tak nak sekongkol dengan korang
i rather go to hell than live in heaven dengan a very IMMORAL god!

Selamba kan mamat ni kutuk tuhan? This is what happened bila akal dibiarkan berfikir terlalu bebas, apabila seseorang itu tidak ingat pada kematian. Korang fikirlah, dia berani ke cakap semua benda ni kalau dia ingat yg dia akan mati esoknya? HAHAHA CONFIRM LA X BRANI!!!

Sebagai penutup, aku nak bagi korang lagi satu analogi yg simple mengenai topik kita pada hari ni. Secara amnya kita tahu kehidupan di akhirat adalah kehidupan yg kekal abadi, dan tuhan jugak dah bagi manusia pilihan sama ada mereka nak hidup kekal abadi dalam kesengsaraan (neraka) ataupun nak hidup kekal abadi dalam kebahagiaan (syurga). Kepada org yg mengingati mati, sudah tentu dia akan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat kan? So boleh tak kalau aku nak cakap orang yg x ingt mati ni, dia x berusaha pun nak dptkan kebahagiaan di akhirat? Ada ke bro manusia yg xnak kebahagiaan? Bodohla kan org tu kalau dia xnak kebahagiaan?

Therefore:

Orang yg xnak kebahagiaan = bodoh

SO

orang yg nak kebahagiaan = Cerdiklah

do you get what i mean? =)


4 comments:

  1. InsyaAllah, selamat Beramal

    Syamil Leicester

    ReplyDelete
  2. Hah, mana tips nya??
    Arghh, cis, aku tertipu!!!
    =p

    Hahah

    -----------------------------------

    We were given so many prizes
    We changed the desert into oasis
    We built buildings of different lengths and sizes
    And we felt so very satisfied
    We bought and bought
    We couldn't stop buying
    We gave charity to the poor 'cause
    We couldn't stand their crying
    We thought we paid our dues
    But in fact
    To OURSELVES we're just LYING

    We were told what to buy and we'd bought
    We went to London, Paris and
    We made show we were seen in the most exlusive shops
    Yes we felt so very SATISFIED

    We felt our money gave us infinite power
    We forgot to teach our children about history and honor
    We didn't have any time to lose
    When we were.. (were)
    So busy feeling so SATISFIED

    Awaken by Maher Zain

    -----------------------------------------

    Terkadang manusia terlalu cintakan dunia hingga tak sanggup untuk meninggalkannya
    Lupa hakikat usia kita dan umur dunia bukan selama-lamanya
    Lupa hakikat diri kita ini milikNya
    Lupa segala nikmat hanya pinjaman sementara
    Itulah "Al-Wahn" namanya

    ergh... bilala aku nak update blog aku plak~
    -__-"

    ReplyDelete
  3. syamil: HAHA sejak bila kau guna nickname syamil leicester nih? anyway yes, selamat beramal.:)

    syahmi: haha tau pun. bila hang nak update blog ni? skang da masuk disember dah..;)

    ReplyDelete
  4. Eheh
    baru Disember, belum Januari~
    =p

    InsyaAllah, nanti aku cuba lapangkan masa untuk berkongsi
    Jumaat ni baru start Christmas Vacation
    waktu tu la kot aku nak bwat comeback~
    Nantikan

    n_n

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...