Tarikh: 01/06/2009...
Masa: 12:34 a.m
Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.
Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T
ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.
Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.
"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"
Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~
-Petikan daripada iluvislam-
Bila baca post ni mmg terasa habis la. Agaknya selama aku hidup ni, amalan aku ni ikhlas ke?
Kalau ade pn amalan yg ikhlas, agk2 diterima Allah x?
Haha, bila terfikir, rs mcm nk patah balik je masa, nk try ubah segala kesilapan. Ya Allah, bnyknya kesalahan yg aku dah buat...
But then, what is life without mistakes kan?
Yup, tanamkan semangat baru dalam diri, masa untuk berubah masih ada.. Walaupun dah banyak kali jatuh, tp still aku boleh bangun..
Walau apa pn..
semuanya berlaku dengan izin Allah..
Ya Allah, bantulah hambamu ini, amin...
Kalau ade pn amalan yg ikhlas, agk2 diterima Allah x?
Haha, bila terfikir, rs mcm nk patah balik je masa, nk try ubah segala kesilapan. Ya Allah, bnyknya kesalahan yg aku dah buat...
But then, what is life without mistakes kan?
Yup, tanamkan semangat baru dalam diri, masa untuk berubah masih ada.. Walaupun dah banyak kali jatuh, tp still aku boleh bangun..
Walau apa pn..
semuanya berlaku dengan izin Allah..
Ya Allah, bantulah hambamu ini, amin...
ikhlas ni mcm semut itam ats batu yg itam di dlm gua yg gelap di mlm hari.. cme Allah je tau kte ikhlas ke x.
ReplyDeletememmula mmg la kne push skit2..
tp kalau da istiqamah
insyaAllah dia akan ikhlas
Bagos2, hadis yg bagos utk diingatkan
ReplyDeleteBanyakkan membaca lagi, n tros beramal
Thanx
Frankly, we can't judge right?Eventhough at times we are aware of those,sometimes we repeat the same mistake.It's a part of us.
ReplyDeleteYeah,making mistake adds colour to our life and making the right option spices up our life too,dear.It's all about balance.
Bagusla Safwan punya blog!Keep up !
p/s
Safwan ada orang berdakwah di blog saya di bahagian chat on the right side but I think it's too harsh and tak sopan langsung.Hate it~~~I sakit hati dengan stakler.Saya tak kenal pun khairul tu~
salam...kantoi ada blog rupenye...
ReplyDeletetruskan usahamu...
usahamu itu bagaikan 41:33...
rujuk aa kalau rajin =)
hehe.. yard tak habis2 lagi dengan analogi dia. bagus yard. teruskan berusaha. hehe
ReplyDeleteXD
ye ar skem. memula memang tak ikhlas. tapi entahlah. macam susah je nak tau ikhlas ke tak. yang senang nak tau bila tak ikhlas.
Jadi lah kita cam bola ping pong (or ape2 la)..
ReplyDeleteBila jatuh, lantun balik.. Based on pyhsics concept, momentum will always conserved although the kinetic will eventually 'hilang..
Jatuh la byk2 kali pun, kita kene 'lantun'kan diri kita balik bila IMAN jatuh.. Moga melantun dgn momentum yg sama sblm jatuh dan selepas jatuh..