Friday, June 12, 2009

tanda-tanda anda dilamun cinta....

Apakah perasaan anda pabila cinta anda ditolak..?
Dan apa perasaan bila cinta anda berbalas?
Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa..Allah Rabbul jalil.

Disini ku titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.
  • Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.
  • Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.
  • Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.
  • Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .
  • Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.
  • Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta?

Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.


-petikan iluvislam-

haih, bila la aku nk jd mcm ni..........

Thursday, June 11, 2009

hidup ni hari-hari belajar....

[1]

berikut merupakan perbualan telefon dgn mmber rapat aku...

(nama sebenar terpaksa dirahsiakan kerana tidak mahu popularitinya tersebar luas)

Al Ghunz Ghunz: Assalamualaikum bro, rindu seyh kat kau...

Aku: ahahaha...waalaikumussalam...ape cer weh??

Al Ghunz Ghunz: Haha aku sihat je mcm biasa...

bla bla bla bla bla

bla bla bla bla bla

bla bla bla bla bla

(dan perbualan diteruskan smpai ke part nih)

Al Ghunz Ghunz: Aku tgh panas skrang nih dowh... aku kena tipu siot..

Aku: Eh? apehal kau kena tipu?? ko biar betul...

Al Ghunz Ghunz: Betul dowh... haritu aku gi PC fair, pastu ade la mamat melayu ni dia jual
simcard celcom... Aku saje ah gi lepak kat gerai dia.. Pastu dia tetibe offer kat simcard tuh. Dia suruh aku amik je dulu, nnti kalau xnk boleh kasi balik... Aku pun beli je la, tgh bosan2..Rupa-rupanya simcard tu post paid...x boleh blah tol.. Melayang la RM50 aku kena bayar deposit.. Terbakar gila aku...

Aku: Hahahahaha....tu la, dah ade simcard upax nk beli lagi yg lain...(gelak sakan aku)

.............................................................................................................

Moral: Xyah beli dah la simcard lain kalau dah ade upax celcom... HIDUP CELCOM!!!!..

p/s: Al Ghunz Ghunz budak KMB...



[2]

Agak2 ape eh yg boleh buat kita senyum???

1. Tetibe sejuta jatuh depan kau?
2. Tora keluarkan permainan baru?
3. Elaun MARA naik RM200?
4. Pengarah tiba2 jadi mmber baik Rashid? (yay, maknanya boleh call rashid, haha)

erm...ape lagi eh??

........................................................................

OH, BARU TERINGAT!!!

5. Orang ramai keluar masuk CIMB Bank...

haha... ye dowh, pelik-pelik je aku ni.. orang keluar masuk CIMB Bank pn bleh buat aku senyum ke?

mst ah senyum... biar aku explain through equation...

org keluar masuk bank CIMB = aku dapat data untuk math portfolio aku

aku dapat data untuk math portfolio = aku dpt hntr math portfolio hari rabu minggu depan

aku dpt hntar math portfolio hari rabu minggu depan = cikgu mazlina bangga anak murid dia siap kerja

cikgu mazlina bangga = cikgu mazlina senyum

cikgu mazlina senyum = aku pn senyum

ye ye, aku tau la math aku x hebat, xyah ah kutuk2

............

senyum itu sedekah rakan2...senyum la selalu eh...=)

............


Thursday, June 4, 2009

Kalau saya kan......

Kalau saya marah kan, mst saya rs bengang gila... kalau org yg buat saya marah tu ada kat depan saya...

nak je saya tumbuk dia guna tangan saya ni..
nak je saya sepak dia guna kaki saya ni...
nak je saya maki hamun dia guna mulut saya ni..

Tapi kan, bila saya fikir2 balik...
Tangan saya ni Allah kurniakan untuk buat kebaikan...Bagi sedekah ke, tolong org ke... Patut ke saya tumbuk dia eh??
Kaki saya ni Allah kurniakan untuk buat kebaikan... Pergi masjid, pergi sekolah, pergi jalan2 cari ilmu... Patut ke saya sepak dia eh??
Mulut saya ni pun Allah kurniakan untuk buat kebaikan... Bercakap perkara yg menyenangkan, berdakwah, berzikir... Patut ke saya maki hamun dia eh??

Tak patut kan??

Kalau saya bosan kan, saya mest rasa benci gila dgn life. Kadang2 saya selalu mengeluh..." Adoii, bosan gila hidup ni, bila la aku nk habis study ni, bila la aku nk jd org dewasa ni...bla bla bla". Lepas tu, sbb saya bosan, saya mest gi jalan2 cari kawan... Sembang2 pasal awek ke, pasal makan DS ape malam nanti ke... Bila dah lepak, confirm masa habis 2 - 3 jam... Lepak memang best gilaaaa....

Tapi kan, bila saya fikir2 balik...

Life saya ni Allah kurniakan untuk buat kebaikan... Berdakwah ke, berbakti pada ibu bapa ke... Patut ke saya bosan dgn life eh??

Bila saya bosan, saya mesti pergi cari kawan2.. kononnya kawan tu boleh hilangkan boring.. Kenapa ya saya x cari Allah s.w.t bila saya bosan? Allah s.w.t tu kan sentiasa bersama dgn hambanya? Sentiasa melihat perbuatan hambanya? Sentiasa mendengar rintihan hambanya?Patut ke saya cari kawan saya bila bosan eh??

Masa saya ni pun Allah kurniakan untuk buat kebaikan...Berzikir ke, hafaz al-quran ke...Patut ke saya bazirkan dgn lepak dgn kawan2 eh???

Tak patut kan???

Kalau saya rindu kat si dia kan, saya mst rs nk dgr je suara dia... Mesti rasa mcm nk call dia..Kalau x dpt call, dpt msg dgn dia pn jadi la...Rindunyaaaa....

Tapi kan, bila saya fikir2 balik...

Perasaan rindu tu Allah s.w.t yg kurniakan... Patut ke saya rindu dekat org lain eh??
Patut ke saya rindu dekat hambanya, sedangkan Dia si Maha Pencipta??
Patut ke??

Tak patut kan??

Bila saya fikir2 lagi kan... Banyaknya bnda yg saya buat, tp saya jarang ingt Allah s.w.t.. Kenapa eh??

Saya nk jugak jd mcm para sahabat, ada iman yg mantap..
Saya nk juga jd mcm para sahabat, hidup hanya untuk Allah s.w.t..
Kalau boleh, semua benda yg saya buat, semua mesti sebab Allah s.w.t...

Seronoknya, kalau sy dapat buat semua ni... Lepas tu saya masuk syurga..

Waaahh..seronok...

kan??? =)

Monday, June 1, 2009

agak2 sape masuk neraka awal eh???

Hari: Isnin
Tarikh: 01/06/2009...

Masa: 12:34 a.m

Sufyan Ash-Ashbahiny bercerita kepada 'Uqah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah r.a. Sufyan pun menghampirinya, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri seketika, Sufyan meminta agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati. Abu Hurairah pun bersetuju seraya berkata. "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH S.A.W kepadaku" Selepas berkata begitu,tiba-tiba ABU HURAIRAH menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan.

Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan RASULULLAH s.a.w kepadaku di rumah ini,tidak ada orang lain selain aku dan baginda." Tiba-tiba
Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu sehingga hampir pengsan. Ketika itu Abu Hurairah kembali sedar dan dia menceritakan, "Bahawa pada hari kiamat nanti, ALLAH S.W.T akan turun kepada hambanya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut. Golongan terawal yang akan dipanggil adalah "orang alim" , orang kaya dan orang yang berperang di jalan ALLAH S.W.T

ALLAH S.W.T bertanya kepada orang alim itu,"Bukankah AKU telah mengajarkanmu kitab yang telah AKU turunkan kepada rasul-KU?" Orang itu menjawab. "Benar,wahai Tuhan.'' ALLAH SWT kembali bertanya. ''Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?'' Orang tersebut menjawab, ''Dengannya aku beribadat kepada-MU di malam hari dan siang hari'' Malaikat berkata kepadanya, "engkau berdusta". ALLAH SWT berfirman "engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim''.

Kemudian dipanggil orang kaya. ALLAH SWT berfirman, ''Engkau telah AKU beri rezeki sehingga berkeadaan cukup". Orang itu menjawab, ''Benar wahai tuhan''. ALLAH SWT kemudian bertanya, ''Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?'', dia menjawab, ''Dengannya aku bersillaturrahim dan juga bersedekah.'' ALLAH SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta". Malaikat juga berkata begitu. ALLAH berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.''


Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan ALLAH SWT. Maka ALLAH SWT berfirman, ''Apa yang menyebabkanmu terbunuh?'' Dia menjawab, ''Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-MU, maka aku berperang sehingga terbunuh.'' Maka ALLAH SWT berfirman kepadanya ,''Engkau berdusta, malaikat juga berkata begitu." ALLAH SWT berfirman, ''Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani''.

"Kemudian RASULULLAH S.A.W menepuk lututku sambil bersabda, ''Wahai
Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.''"

Marilah bersama kita fikir-fikirkan dan renung-renungkan~

-Petikan daripada iluvislam-

Bila baca post ni mmg terasa habis la. Agaknya selama aku hidup ni, amalan aku ni ikhlas ke?

Kalau ade pn amalan yg ikhlas, agk2 diterima Allah x?

Haha, bila terfikir, rs mcm nk patah balik je masa, nk try ubah segala kesilapan. Ya Allah, bnyknya kesalahan yg aku dah buat...

But then, what is life without mistakes kan?

Yup, tanamkan semangat baru dalam diri, masa untuk berubah masih ada.. Walaupun dah banyak kali jatuh, tp still aku boleh bangun..

Walau apa pn..

semuanya berlaku dengan izin Allah..

Ya Allah, bantulah hambamu ini, amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...