Sunday, December 5, 2010

Makanan laut dan darat. Boleh makan sekali x?


Aku mula2 skali dengar pasal kita xleh makan makanan laut dengan darat skali daripada kawan baik aku, afifi. Menurut dia ada hadis pasal benda ni. So aku pun amalkanlah tanpa mencari sumber hadis. Anyway after a while practicing this eating habit, aku mula tertanya-tanya apa logical or scientific explanation untuk back up point x boleh makan makanan laut and darat sekali eh? So anyway aku mulakan pencarian aku dengan Google lah. Penat kot baca forum2 iluvislam and sebagainya. Tapi last2 semua point hampir sama je. Below are some of the cliche points yg aku jumpa, dan aku nak ajak korang berdiskusi bersama aku untuk prove yg point ni betul. Kalau x boleh prove pun x apa, idea korang sangat dihargai. Point ni aku amik dari satu website yg aku percaya merupakan source kepada kebanyakan point yg cliche yg digunakan oleh manusia2 sebagai modal untuk menjawab persoalan "memakan makanan darat dan laut sekali".

Point 1:

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu maka ia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut misalnya udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

Sebenarnya aku x faham kenapa dia x letak je terus ayat quran yg mana sebagai bukti untuk point dia ni. At least kalau ada point kuat la sikit dia nyer argument, xdelah aku tertanya-tanya. Kalau ada sape2 tahu ayat quran yg mana satu sila bgtahu ya.

Point 2:

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit. Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

Err, ok untuk yg ni, generally kita tahu positive plus negative jadi neutral. So mcm mana plak bendalah ni bg kesan negatif? Yang peliknya lagi positive and negative ions boleh ke menyebabkan biochemical reaction? At what condition and at what temperature? Aku xdelah google lagi betul ke x usus and perut akan rosak teruk kalau makanan laut and darat dimakan sekali. Tapi seriusly agak x logik larh. Lagi sekali aku harap kalau korang ada jawapan, sila bagitahu.

Point 3:

Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit. (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

Ok yg ni lari sikit la daripada makanan laut and darat, tp dah ada dlm website dia, aku paste je la kat sini. Aku suka part yg last skali tuh. Bro sila tunjuk statistic kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk boleh? Saya nak tgk skit. Memanglah x salah nak mandi pagi2, tp bagilah explanation and proof yg best skit. Kalau sape2 ada hadis untuk back up point dia, sila paste kat comments.

So aku rasa tu je la kot kemusykilan aku. Aku bukan nak pangkah brader ni. Tapi bg aku la dia sepatutnya letakkan bukti yg sahih, sebab those people out there are using his points dalam forum2 seperti iluvislam dan sebagainya. Aku xnaklah fitnah mamat ni, manalah tahu dia pun copy paste org lain punya kan? Tapi identitinya sbg ustaz merisaukan aku kalau mamat lain yg nak cari ilmu main terima je bulat2. Ye lah, kepandaian manusia ni kan unpredictable? Kadang2 dah desperate sgt nak kan dalil, main bedal je apa yg ada. Aku xnaklah mcm tu kawan.

Anyway, sekadar nak berkongsi la, aku pun ada jugak try search pasal bendalah ni dlm bahasa Inggeris (try google "can we eat seafoood and meat together"). What i learned from this search is that kebanyakan orang yg amalkan cara pemakanan ni (x makan sekali makanan laut and darat) adalah orang jews. According to them, the jews must be careful not to eat fish and meat together since it may cause tzara'at. Since the first 3 link yg kluar bila aku search pasal benda ni are related to the jews, my first assumption is:

"Ntah2 ni amalan org yahudi kot? kita org islam main amik je"

In the end, aku harap pembaca blog ni bolehla kluarkan idea skit2. Aku pun x pandai jugak, masih blajar lagi. HAHAH!!!

Here is one example of the Jewish website:

Wednesday, December 1, 2010

Baju kau ada kuasa weh!!!



kau suka baju ni?

Sejak aku kecik aku memang bengang dengan uniform sekolah. Bagi aku memakai uniform adalah benda yg paling x patut dan membosankan. Dah la kadang2 material kain dia x best. Pastuh korang faham2lah kan kalau masa kecik2 butang baju mest mau pasang smpai yg atas skali. SESAK NAFAS KOT!!! Tapi nak buat cmne, masa kau kecik prestasi kau dikawal oleh mak bapak. So nak tak nak, kenalah ikut juga.

Yang aku peliknya, as i grow older, bukan aku sorang je yg x suka uniform, tp majority of the students kot. Tipulah kalau korang x pernah fikir pakai uniform ni x best. Tipulah kalau korang x marah kat government or sekolah sebab kuat kuasakan pemakaian uniform ni. Apa yg best sgt pakai uniform ni ha? Dah la memecah belahkan student. Lain skolah, lain uniform, lain lambang. X ke memecah belahkan ukhwah sesama student?

So the question now is:
"Mengapa ah ini kelajaan maseyh suluh student-student pakai itu baju uniform. Why aaah?? Tim kai aahh?? "

Persoalan ni dah melekat dalam kepala otak aku selama beberapa tahun gak ah. Akhirnya at the age of 19 baru aku terjumpa satu artikel yg citer pasal satu2nya kebaikan pakai uniform ni (selain sebab2 yg cliche lah maksud aku).

well, kebaikan dia agak simple,

Disebabkan semua student kena pakai uniform, indirectly bendalah ni akan menghalang students daripada bergaya, with the latest trend and fashion. The main reason is to eliminate the social rank within the students community, since of course, generally fashion, or the way you wear your clothes symbolizes how wealthy you are. Cuba korang bayangkan kalau kerajaan x suruh pakai uniform sekolah, of course la student2 kaya nih akan dtg sekolah dgn baju topman and kasut adidas diorang. Sape x respect kan kalau ada mamat pakai baju and kasut mahal2. ORANG TABIK SPRING KOT!!!

"Huiyoo smart syial mamat ni. Adidas tuh!!"

So in the end sama ada students ni sedar atau tidak, social hierarchy akan wujud within their community. Orang kaya akan berada at the top of the rank, and yg miskin akan ada dekat bawah sekali. Yang kaya pulak akan geng dengan yang kaya saja. Pelbagai group akan direka seperti group baju paling seksi, group kasut basket paling hebat, group tennis raket paling mahal dan sebagainya. In the end student2 yang miskin mesti akan dipandang hina sebab pergi sekolah pakai baju and kasut cap nika ngan adodos saja (ada kemungkinan juga untuk brand reebak). Korang jgn tipu akulah, perasaan pandang rendah tu sentiasa ada dlm diri manusia.

Oleh sebab untuk tidak merasa hina apabila ke sekolah, student2 yg miskin ni akan mencuba sedaya upaya untuk berfesyen habis. Duit2 akan dikorek daripada tabung dan poket mak bapak. Kalau x dapat duit gerenti student2 ni akan merajuk maka berlakulah perbalahan antara anak dan mak bapak. Oleh kerana tidak mahu si anak merajuk sehingga melarikan diri daripada rumah, maka nak x nak, mak bapak pun terpaksalah tunaikan impian si anak. In the end, yg susahnya adalah mak bapak, dan si anak plak bersukaria dengan baju brandednya untuk satu harapan yg palsu - the hope to be together with students on top of the social ranks.

Another drawback yg mungkin akan terjadi (tp ni drawback g cliche lah) ialah STUDENTS X TUMPUKAN PERHATIAN PADA PELAJARAN KOT!!! Kalau dah asyik nak berpesyen je sampai bila nak score nya cik adik oooiii!!

So, kembali balik pada the title for this post, baju kau memang ada kuasa kot. In fact daripada dulu lg. Cuba kau tgk drama cina and drama korea yg lama2. X ke baju org miskin dgn baju org kaya lain? X ke yg pakai baju buruk2 tu kena sepak n kena hina? X ke orang yg pakai baju lawa2 tu kena sanjung? Kuasa pakaian ni sebenarnya terlalu hebat untuk aku describekan dgn kata2. Dengan pakaian saja korang boleh buat duit. Korang familiar kan dgn kisah pengemis yang kaya gila2? Simple je kot tugas dia, pakai baju buruk je. Guna belas kasihan orang untuk kumpul duit. Pakaian gak penting untuk memaparkan imej. Cuba korang bayangkan kalau ada 2 orang datang mintak duit kat korang nak buat bisnes. Sorang pakai sut smart2, lagi sorang pakai baju koyak rabak dtg nak buat projek juta2. Agak2 korang nak bg pinjam duit kat sapa? First impression mestilah korang nak pilih org yg pakai sut smart2 kan? Tak taulah pulak kalau korang nak amik yg pakai baju koyak rabak, itu terpulanglah weh!!


hai nak buat bisnes x?

Well, sebenarnya apa yg aku cuba nak sampaikan simple je. Daripada awal perenggan aku duk sembang pasal the role of fashion in developing the human behaviour and how it constructs social hierarchy. Kenapa aku bangkitkan topik ni? Sebabnya aku nak korang fikir APA GEMPAK SANGAT PAKAI BAJU MAHAL2 NI? KALAU X PAKAI KAU MATI KE? MASUK NERAKA KE KALAU KAU X PAKAI? Manusia terlalu obses untuk membeli barang untuk org lain. Nak tau kenapa? ye la, korang beli benda mahal2 sebab nak tunjuk kat orang lain yang "AKU MAMPU BELI BENDA MAHAL2". Korang rs mcm hebat, cool dan macho. Biarlah berlapar x cukup duit nak makan, janji orang lain tabik spring kat kau. PEDULI APA WEH PANDANGAN ORANG LAIN KAT KAU? Kalau orang ingt kau miskin, biarlah diorang. SO WHAT KALAU AKU MISKIN HARTA? JANJI AKU KAYA BUDI BAHASA. Tolonglah hentikan sikap buat sesuatu untuk dapat praises or puaskan hati org lain. Korang seksa diri je.

Anyway, aku bukanlah nak menghalang langsung korang beli barang mahal2. Aku pun beli, tp sebab aku nak yg berkualiti. Aku cuma mengutuk sikap yg beli untuk menunjuk-nunjuk, or kononnya dengan barang2 mahal, kau akan dpt bnyk kawan. Aku pun x cakap yg berfesyen ni salah, tp silalah gunakan fesyen untuk benda yg lebih membawa manfaat. Contoh kalau kau nk berdakwah, xkan kau nak pakai jubah je. Camne orang yg pakai jeans ngan baju fit nak dekat ngan korang kan? Pandai2lah, tuhan sudah bagi akal.

As for the conclusion, life is simple and have its own reason, and for us as muslims, we need to devote ourselves to our creator, ALLAH SWT. Ramai manusia pada zaman sekarang ni takut untuk jadi diri sendiri, sebab takut x dpt blend in dgn masyarakat, takut dipandang rendah n diejek. Bagi aku lah, peduli apa orang nak fikir pasal aku. Aku tahu aku xkan boleh buat semua orang dlm dunia ni suka aku. Daripada susah2 aku nak puaskan hati orang, baik aku puaskan hati sendiri. Tapi kalau ya pun berpada-padalah, jgnlah bodoh sgt sampai satu dunia benci kau. Tuhan bagi kau akal, sila fikir ok?

p/s: I'd rather be hated for who I am, than loved for who I am not (kurt cobain)





Saturday, November 20, 2010

Kau pernah menyesal? aku selalu.

Kadang2 aku rs teringin nak jadi budak kampung. Yelah, diorang sejak dari kecik lagi dah boleh nikmati alam ni puas2. Sungai2 kat kampung tu kalau x mandi x sah. Buah2 kat dusun (x kiralah sendiri punya or jiran punya) kalau x kutip and makan pun x sah. Pergi sekolah? Suka hati diorang nak pergi ke tak. Kalau orang pandang rendah kat budak kampung, ejek diorang bodoh sebab x pergi sekolah dan sebagainya, aku rs orang tu memang xde akal. Budak kampung cool ape? Kau ingt calang2 orang bleh tngkap ayam? budak kampung boleh buat. Kau ingt calang2 orang tahu sembelih lembu masa hari raya qurban? budak kampung boleh buat. Banyak benda yang orang bandar geli nak buat, budak kampung boleh buat. Kalau jadi budak bandar bila lahir je dah terikat ngan sistem. Umur 7 tahun dah bawak beg besar2 pergi sekolah, sedangkan budak kampung umur 7 tahun dah bawak beg besar isi buah2 dusun bawak balik rumah. Pergh, kenapalah aku jadi budak bandar.

Masa aku pilih program apa yg aku patut masuk lepas spm pun aku menyesal gak. Haish kenapalah aku amik program oversea MARA nih. Dah la dua taun, pastu lmbat pulak fly. Member2 aku yg result spm diorang bese2 je pun dah 3rd year dah kat Uni. Aku bukan nak berlagak aku ni pandai sgt. Tp tulah, kalau aku made the right choice mesti aku da nak abis blajar dah, x tersekat kat rumah ni lagi. Aku teringin gak nak jadi jutawan muda. Bak kata kawan baik aku, afifi:

"Aku nak berzuhud dowh nanti. Aku nak gi surau naik ferrari je.."

Pergh gila gi surau naik ferrari tu tahap zuhud dia (kalau korang x faham, maksudnya kaya gila la smpaikan ferrari pun bagi dia benda yg murah je). Tapi apakan daya, umur aku dah 20, bila dapat degree dah 24. Pastu baru nak start keje. Cane nak jadi jutawan muda? Adoi menyesal.... menyesal..

Aku teringin nak berdakwah kat orang. Bila aku tgk member2 aku yang banyak ilmu bagi pengisian dekat orang ramai, aku rs cemburu. Bagi aku diorang ni gempak gila, boleh share ilmu dgn org lain, mampu menyampaikan idea di khalayak ramai, mampu berkomunikasi dgn orang ramai with full confidence - siap dapat pahala lagi kalau ilmu tu disampaikan plak kat orang lain. Tapi nak buat mcm mana, aku ni jarang membaca, malas nak cari ilmu. Macam mana nak bercakap kalau xde ilmu? You must get your facts right bro before sampaikan apa2. Jgn nak tunjuk pndai mcm Ayah Pin ajar benda yang sesat, yang lari daripada fitrah islam itu sendiri. Jangan niat nak berdakwah tu sebab nak tunjuk cool saja. Jangan weh. So aku menyesal, menyesal sebab aku x usaha pun nak penuhkan dada aku dgn ilmu.

Nak kata aku ni muslim yang hebat? Aku rasa tak pun. Mutabaah aku kalau nak compare dengan member2 usrah aku, aku rs aku yg paling low. Kadang2 solat duha ponteng, solat baqdiah x buat, qiamullail aku tinggalkan. Baca quran pun stakat 5 page sehari. Macam mana nak jadi muslim yang hebat? Orang lain rilek jer hafal surah2 panjang dalam quran, rajin cari masa and menelaah balik al quran tu tiap2 page. Aku? apa yg aku da buat selama 20 tahun? Pergh serius bazir umur. Menyesal beb, menyesal..

Tapi bila fikir balik chill lah. Kau gila ke seumur hidup kau x pernah buat mistake? Habis mcm mana kau and orang lain nak belajar daripada pengalaman. Macam yang aku pernah cakap:

"You cannot live forever to do all the mistakes in this world, that's why you learned from others"

Hidup ni simple beb, bila kau pilih satu keputusan, never look back bro. Konfem kau akan menyesal skit2, but since the choice have been made, why waste time regretting what you did? Daripada kau bazir masa menyesal cakap "aku bodoh"lah, "kenapa aku x blajar rajin2"lah or whatsoever, lebih baik kau fikir "How am i going to solve this?", "what can i do to make myself better?", kan? Aku xlah kata kau x boleh menyesal langsung. Perasaan menyesal tu kan catalyst untuk kau improve diri kau sendiri. Janganlah jadi mcm orang yg xde akal x kisah langsung pasal hidup dia, x kisah pasal decision apa yang dia buat untuk diri sendiri. Itu orang yang xde matlamat hidup, orang yang LOSER!! Kalau korang nak jadi mcm tu aku x tahu lah. So improve diri sendiri weh, x kisahlah slow mcm mana pun. Bak kata einstein:

"It's not that I'm so smart, it's just that I stay with problems longer."

Haha, Einstein sendiri dah approve the concept of istiqamah. Cool gila kan? The world known scientist sendiri pun amalkan apa yg nabi suruh kita buat, tapi tu lah, scientist ni yang orang ramai lagi banggakan berbanding nabi. Ok aku xnak elaborate panjang bab tu, what i'm trying to say is, lebih baik setiap amalan kita ditingkatkan, x kisahlah 0.0001% pun, daripada x meningkat langsung. X kisahlah kalau kau x jumpa solution to your problem on the first day, but make sure u try hard on the second day to solve it. Kalau x jumpa jugak, tolong usaha lagi keras on the 3rd day. Memang bukan benda yang senang, tp kalau kau berjaya buat, then that's what makes you special, or different from the others. Ala kalau kau tgk balik apa yang membezakan orang yang kaya dgn orang yg miskin, semua sebab usaha diorang yg keras. Bak kata orang, mana ada rezeki datang bergolek bro. Kau lah kena collect rezeki tu sendiri!!!

Tuhan bagi kau kaki, bagi kau tangan, n bagi kau akal. Tuhan bagi benda yg sama je kat Henry Ford, tp apsal dia yang dpt dulu formula nak buat kereta? Tuhan bagi benda yang sama je kat Marie curie, tp apsal dia dpt jadi pioneer in the field of radioactivity and org pertama yang menang dua nobel prize? Semua sebab usaha and istiqamah bro. Simple kot.

Seperti yang korang bc kat perenggan first skali, aku pn ada menyesal jugak dekat benda yang aku x boleh ubah, yg tuhan dah bagi kat aku awal2 lagi. Bagi aku mungkin best jadi budak kampung, tp mana tahu bagi budak kampung, jadi orang bandar lg best. Biasalah manusia x pernah puas dgn apa yang dia ada. Ade je benda lain yg dia nak. Dah ada kat malaysia, panas sgt, bila dah sampai kat UK, sejuk sgt plak. Haish mcm2 btul. Tapi mcm biasa lah, kau kena chill dengan apa yg ada pada diri kau. Kalau kau miskin, ada sebabnya, kalau kau genius, ada sebabnya, kalau kau gemuk, ada sebabnya. X semua benda yang kau ingt x sempurna tuh, satu keburukan. Contoh mcm kau x kaya, x mampu nak beli baju mahal2. Bagus apa jd org miskin, at least kau pergi mana2 dpt discount. Manalah tahu kalau kau nk cabut gigi, pastu doktor tu nampak baju kau koyak2, dia rs kesian pastu dia charge murah. Best kot, kan?

Anyway kalau kau menyesal dengan kesalahan kau or apa2, ingtlah weh yg korang je boleh baiki dat mistake. Not with crying or crapping or whatsoever, but with intelligence.

"Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall." (Confucious)

Jadi kau tunggu apa lagi?

Thursday, November 18, 2010

Bukan salah Usrah, tak pernah pun!!!


Aku suka mulakan post aku with some dialogues. So here goes.

"Jangan masuk usrah, bahaya tu. Entah2 diorang ni pengebom berani mati!!!"

"Tengok apa dah jadi kat anak kita bang? Join budak2 alim tu smpai pelajaran dia tinggalkan!!"

"Eleh nampak je alim tu, kutip derma sana-sini, nak tolong palestin la konon. Padahal duit tu dia amik masuk poket sendri jugak!!"

Aku nak bagi korang simple evidence la yang orang zaman sekarang mmg lebih pandang duniawi berbanding akhirat. Aku xnak elaborate panjang2 pasal anak muda buat seks luar nikah la, lepak kat disco lah, kongsi jarum suntik sana-sinilah and mcm2 lagi. Kali ni aku nk bincang pasal orang dewasa plak, remaja pun boleh la masuk sikit2.

Aku rasa pelik sebab most of the adult zaman sekarang ni pandang negatif gila kalau ada remaja yang nak belajar pasal islam. Aku nak cerita pasal kes yang jadi kat aku masa kat KMB. Aku ada join satu group usrah la, which is handled by this one man we call Ipin. Ok ni bukan upin ipin kartun tuh, tp memang kitorang panggil dia ipin. Ipin ni ada business sendiri, so dia hanya boleh dtg masa hari minggu je, jumaat, sabtu or ahad, depends la hari apa most of the members are free. Nak dijadikan cerita, aktiviti kitorang berusrah dgn outsider (since ipin bukan parents or cikgu KMB) berjaya dihidu oleh one of our own Mr Hatta, a.k.a the right hand man of the director of KMB. Since Ipin ni outsider, maka Hatta pun menghalanglah kitorang daripada meneruskan niat baik kitorang membuat usrah. Ok aku fahamlah mmg kita kena berhati-hati kalau nak belajar agama from somebody. Tp setahu aku lah, apa yang aku belajar still dlm skop yang masih terjaga, xde mensyirikkan Allah pun or suruh aku buat benda yang bukan2. Korang tengok eh, alasan encik Hatta ni mudah je nak halang kitorang buat usrah, it is simply because ipin ni OUTSIDER. Ok aku nak tnya sikitlah, kita kalau nak belajar mestilah ada guru kan? Aku x nafikan dekat kmb tu sendiri aku boleh tnya ustaz or ustazah, but do you think they have the time to come to us, spending 2 -4 hours with the students and have a session of discussion regarding islamic matters? No i don't think so. Kalau dah xde resources dekat dalam, apa salahnya ambil dekat luar? bukannya menyusahkan mana2 cikgu or menjatuhkan maruah KMB pun? Another thing yang biasanya menjadi alasan cikgu-cikgu ni is bila result exam budak2 usrah jatuh, x score, x gempak or whatever lah words yg sesuai. Yang aku peliknya dah jd mcm satu fact plak kalau result exam student jatuh, and dia join usrah, mesti SALAH USRAH!!! C'mon la weh kalau result exam tak bagus maknanya dia xleh jawab soalan exam dengan betul kan? So maknanya dia x masukkan facts2 or formula2 dlam kepala otak dia kan? So skrang ni bleh bgtau aku tak apa peranan USRAH dalam mem"fail"kan student2 nih? Kalau korang cakap usrah ni amik masa student tlg jgn buat lawaklah. Yang korang gi main petang2 tu tak amik masa ke? Yang korang gi tengok wayang and gi shopping tu x amik masa ke? Yang korang lepak dgn member lain tu x amik masa ke? Kalau aku usrah ni amik masa 3 jam je kot, tu pun sehari je dlm seminggu (kalau orang lain xtahulah). So cerita skit kat aku celah mana usrah ni amik masa student? xde weh, mane de.

Sebab tu aku cakap most of the adults pandang negatif kat remaja2 yg nak blajar islam nih. Ok aku nak korang fikir eh kalau ya pun dia fail dlm studies sebab dia lebihkan masa dia nak belajar mengenali Allah, boleh korang bagitahu aku kat mana salah dia? In fact aku respect org macam ni sebab dia berani lawan sistem New World Order. Biasanya org akan cakap:

"Memanglah x salah kalau nak belajar agama islam, tapi pndai2lah agihkan masa dengan studies, jgn smpai result teruk and fail exam"

Kalau korang perasan ada bias skit kat ayat ni. Ayat ni cuba point yang exam lebih penting dripada agama islam tu sendri since kau boleh blajar islam to the extent yang x membahayakan studies kau saja. Korang fikir sendiri la seseorang manusia tu x boleh hidup and beramal ke kalau dia xtahu physics, biology, chemistry and bla bla bla? Tak semestinya bro. Just for your guys information, x semua orang dilahirkan untuk study semua bendalah ni. Korang perasan kan kenapa ada orang genius gila smpai xyah study pun dah fhm dah konsep2 physics and sebagainya. Tu sebab dia memang dah dilahirkan untuk belajar semua benda2 tu, sama lah mcm Ibnu Sina, Al khawarizmi and sahabat2 lain yang pndai science and math. That's their passion and it makes it easy for them to understand. Student2 yang lain yang memang x pndai tuh bukan sebab diorang dumb or malas, (ok malas tu ada skit) tapi nak buat mcm mana kan kalau dah x minat? Samalah mcm kalau orang suruh kau makan lipas goreng? Kau nak tak? mestilah kau x makan kan since minat kau x sma ngan minat orang Thailand. So jgnlah pandang negatif kalau ada orang yang fail study sebab dia nak mendalami agama islam, tp dgn syarat dia mstilah tau mcm mana nak cari makan untuk hidup - buat bisnes ke, apa ke. Jgnlah smpai kau x boleh jaga diri kau sendiri smpai mengemis di tepi jalan, yang tu memang dah lari habis la daripada apa yang Allah S.W.T inginkan untuk hamba-Nya. Kalau orang mcm ni kau nak pandang negatif, yang tu terpulang, sebab dia memang x bagi example yang bagus pun!!!

So tolonglah jgn pandang hina kat remaja2 yang teringin nak mendalami agama islam, yang join usrah and sebagainya. Aku rasa terkejut sebab sekarang ni org lebih memandang seseorang tu through tempat yang dia belajar, or sijil apa yang dia dapat sepanjang hidup dia. Orang lagi respect somebody tu kalau dia ada PhD, walaupun dia x buat solat 5 waktu. Orang lagi respect somebody tu kalau dia pakai baju2 mahal and gadget yang latest, walaupun dia x pernah pun nak amik pot nak mendalami ilmu agama islam and mendekati Allah. Orang jarang-jarang kutuk orang2 yang x kisah langsung nak tahu pasal agama islam, tapi orang slalu ejek and hina orang2 yang amik kisah and menyayangi agama islam.

So boleh x bagitahu aku sekarang, korang masuk kat dalam geng yang mana?

Fikirlah sendiri weh.




Tuesday, November 16, 2010

Apa yang dirasa

Credits to iluvislam.

Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.

Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.

Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.

Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.

Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.

Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.

Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.

Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.

Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.

Al-Hijr

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah) di antara mereka." ( Al-Hijr: 39-40 )

Article source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1151-apa-yang-dirasa.html

Monday, November 15, 2010

New world order, tolong jgn wujud boleh?

Kalau sape2 yg pernah tgk documentary video "The Arrival" mst familiar dgn konsep New World Order. Kalau ada sape2 yg tak familiar, sila google.

To be honest aku x suka dgn new world order, although i'm living in that very system. Aku rasa macam hidup aku ni dah ditentukan arah tujunya sejak aku mula-mula lahir lagi. Seriously aku nk tnya korang apa matlamat korang dalam hidup ni? Well jawapan yang common mestilah

"Nak jadi engineer la bro"

or

"Nak jadi doktor, nak selamatkan nyawa orang"

Aku x kata salah nak jadi doktor or nak jadi engineer, tapi in my own opinion, most of our dreams and ambitions ARE SHAPE UP BY THIS NEW WORLD ORDER. Hidup kita dah terlalu terpengaruh dgn sistem ni sampai kita sendiri pun xtahu apa yang kita betul2 nak. Aku xtahulah kalau korang x terpengaruh, mungkin korang ni hebat gila (clap clap). Tapi bagi aku sendiri, aku rs impian sebenar aku bukanlah nak jadi engineer sangat (ya, ni cita2 aku ever since i was in primary school).

Sejak aku kecik lagi parents aku memang meletakkan pendidikan number 1. Ayah aku is an engineer, so no wonder lah bila cikgu tnya apa aku nak jadi bila besar nanti, aku jawab aku nak jadi engineer. In fact smpailah aku form 5, cita2 aku still nak jadi engineer. Punyalah dahsyat new world order ni smpaikan i was "blinded" for about 17 years!! Kejayaan2 mamat omputih seperti the wright brothers, leonardo da vincci, albert einstein dan sebagainya membuatkan aku lagi buta. Aku kejar benda yang, - well mmg aku x nafikan sesuai dgn aku (since aku x minat bio) - tp bukan passion aku, which is engineering.

As I grow older aku realize aku lebih berminat nak jadi director movie. Aku ada lah terlibat dgn drama team sepanjang zaman persekolahan and kolej aku, and i realize that, hey, aku enjoy gila buat bendalah ni!! Anyway aku bukan la nak bercerita panjang lebar pasal minat aku, tp apa yang aku cuba nak highlight is, its hard for me to even know what i like to do because of this stupid system!! Korang x sedar ke weh?

Last month aku mintak kerja dekat 7-eleven, saja nak try rasa mcm mana perasaan orang bekerja jadi kuli. And you guys know what? memang teruk gila kot. Kerja 8 jam sehari, dalam seminggu tu cuti sehari je, ikutlah bos nak tentukan kau cuti hari apa sebab ada jadual. Since 7-eleven bukak 24 hour, sometimes aku kena kerja pkul 11 p.m to 7 a.m!!! Gila ke apa x tidur semata-mata sebab kerja? Bila kau dah balik pukul 7 pagi tu mst lah x larat gila, mata pun berat je nak bukak. In the end bngun pukul 2 petang and get ready nak gi kerja balik shift pkul 3 p.m to 7 p.m. Korang boleh nampak x apa yang New World Order nak buat kat kita?

"Sistem ni cuba untuk buat kita busy dengan perkara dunia, so that kita xde masa langsung untuk concentrate pada amal ibadah kita"

Kerja 8 jam sehari dah fixed. Bila balik pun mesti nak rehat 4 hours or more kan? Lepas tu tipulah kalau kita xnak ada wordly pleasure skit2. Online fb ke, tgk movie ke, lepak ngan kengkawan ke. So in the end apa yg kita buat untuk hubungan kita dgn Allah is only solat 5 waktu, tu pun kalau buat la solat 5 waktu. Being outside of my college made me realize that bukan semua orang diberi hidayah untuk menyayangi iman diorang sendiri. Kawan2 sekerja aku, out of 7 people, only 3 orang je yang solat, termasuk aku. Bila aku suruh diorang solat diorang just cakap.

"Kau pergi la dulu weh, nanti aku solat"

Ala tapi in the end x solat pun. Alasan yang diorang bg mostly alasan orang malas je. Tempat sempitlah, xde suraulah and macam2 lagi. Aku boleh je kot cari surau, apsal kau x boleh? So now aku rasa korang dah boleh tahu plan keparat zionis ni dah lama berjaya, the New World Order seriously dah berjaya buat orang islam berubah. Bila dah lama x buat ibadah, x jaga iman, makin lama hati semakin gelap lah dgn titik-titik hitam and in the end, korang x rasa kisah pun kalau tinggal solat 5 waktu, which is tiang agama islam itu sendiri. Menurut hadis ke enam daripada hadis 40:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Kalau solat pun dah tinggal and hati pun dah gelap, agak2 diorang ni peduli ke nak buat amal ibadah yang lain??

JOKE WEH!! JOKE!!

Bila amal ibadah pun dah kurang, iman pun secara auto nya akan kurang la. So x mustahil kenapa majority of the people nowadays lebih mengejar duniawi berbanding akhirat itu sendiri. Bagi diorang kumpul duit lebih penting daripada kumpul pahala. Sedarlah weh pahala tu sebenarnya credit "touch n go" korang untuk lepas tol ke syurga. Kau fikir duit kau belambak-lambak boleh bayar duit tol nak masuk syurga? Kau fikir gelaran dato' and tan sri yang kau kejar-kejar tu boleh buat kau dapat free pass nak masuk syurga? Tolong jgn buat aku gelak guling2.

As for the conclusion, aku cuma nak mintak korang fkir je balik what is the real reason tuhan bg kat korang that precious life of yours. Tolong jgn terikut-ikut dgn New World Order, which is made up to fill your time with worldly matters. Check balik iman sama ada ia naik atau pun jatuh. Mutabaah perlu dibuat to make sure hari korang is fill up with necessary things untuk maintain iman pada tahap tertentu. Since aku yakin agak susah untuk kita menang dalam "mind war" menentang zionis itu sendiri, aku cadangkan kita mulakan perlahan-lahan. In fact pemuda sekarang patut bersyukur since our senior dah buat path untuk kita (usrah, mabid, etc). Kita cuma perlu follow and improvise sahaja apa yang diorang dah mulakan. Semoga dunia ni kembali balik menjadi milik islam, sepertimana zaman kegemilangannya yang terdahulu.

p/s: Saya menegur diri sendiri dan rakan2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...