Monday, November 15, 2010

New world order, tolong jgn wujud boleh?

Kalau sape2 yg pernah tgk documentary video "The Arrival" mst familiar dgn konsep New World Order. Kalau ada sape2 yg tak familiar, sila google.

To be honest aku x suka dgn new world order, although i'm living in that very system. Aku rasa macam hidup aku ni dah ditentukan arah tujunya sejak aku mula-mula lahir lagi. Seriously aku nk tnya korang apa matlamat korang dalam hidup ni? Well jawapan yang common mestilah

"Nak jadi engineer la bro"

or

"Nak jadi doktor, nak selamatkan nyawa orang"

Aku x kata salah nak jadi doktor or nak jadi engineer, tapi in my own opinion, most of our dreams and ambitions ARE SHAPE UP BY THIS NEW WORLD ORDER. Hidup kita dah terlalu terpengaruh dgn sistem ni sampai kita sendiri pun xtahu apa yang kita betul2 nak. Aku xtahulah kalau korang x terpengaruh, mungkin korang ni hebat gila (clap clap). Tapi bagi aku sendiri, aku rs impian sebenar aku bukanlah nak jadi engineer sangat (ya, ni cita2 aku ever since i was in primary school).

Sejak aku kecik lagi parents aku memang meletakkan pendidikan number 1. Ayah aku is an engineer, so no wonder lah bila cikgu tnya apa aku nak jadi bila besar nanti, aku jawab aku nak jadi engineer. In fact smpailah aku form 5, cita2 aku still nak jadi engineer. Punyalah dahsyat new world order ni smpaikan i was "blinded" for about 17 years!! Kejayaan2 mamat omputih seperti the wright brothers, leonardo da vincci, albert einstein dan sebagainya membuatkan aku lagi buta. Aku kejar benda yang, - well mmg aku x nafikan sesuai dgn aku (since aku x minat bio) - tp bukan passion aku, which is engineering.

As I grow older aku realize aku lebih berminat nak jadi director movie. Aku ada lah terlibat dgn drama team sepanjang zaman persekolahan and kolej aku, and i realize that, hey, aku enjoy gila buat bendalah ni!! Anyway aku bukan la nak bercerita panjang lebar pasal minat aku, tp apa yang aku cuba nak highlight is, its hard for me to even know what i like to do because of this stupid system!! Korang x sedar ke weh?

Last month aku mintak kerja dekat 7-eleven, saja nak try rasa mcm mana perasaan orang bekerja jadi kuli. And you guys know what? memang teruk gila kot. Kerja 8 jam sehari, dalam seminggu tu cuti sehari je, ikutlah bos nak tentukan kau cuti hari apa sebab ada jadual. Since 7-eleven bukak 24 hour, sometimes aku kena kerja pkul 11 p.m to 7 a.m!!! Gila ke apa x tidur semata-mata sebab kerja? Bila kau dah balik pukul 7 pagi tu mst lah x larat gila, mata pun berat je nak bukak. In the end bngun pukul 2 petang and get ready nak gi kerja balik shift pkul 3 p.m to 7 p.m. Korang boleh nampak x apa yang New World Order nak buat kat kita?

"Sistem ni cuba untuk buat kita busy dengan perkara dunia, so that kita xde masa langsung untuk concentrate pada amal ibadah kita"

Kerja 8 jam sehari dah fixed. Bila balik pun mesti nak rehat 4 hours or more kan? Lepas tu tipulah kalau kita xnak ada wordly pleasure skit2. Online fb ke, tgk movie ke, lepak ngan kengkawan ke. So in the end apa yg kita buat untuk hubungan kita dgn Allah is only solat 5 waktu, tu pun kalau buat la solat 5 waktu. Being outside of my college made me realize that bukan semua orang diberi hidayah untuk menyayangi iman diorang sendiri. Kawan2 sekerja aku, out of 7 people, only 3 orang je yang solat, termasuk aku. Bila aku suruh diorang solat diorang just cakap.

"Kau pergi la dulu weh, nanti aku solat"

Ala tapi in the end x solat pun. Alasan yang diorang bg mostly alasan orang malas je. Tempat sempitlah, xde suraulah and macam2 lagi. Aku boleh je kot cari surau, apsal kau x boleh? So now aku rasa korang dah boleh tahu plan keparat zionis ni dah lama berjaya, the New World Order seriously dah berjaya buat orang islam berubah. Bila dah lama x buat ibadah, x jaga iman, makin lama hati semakin gelap lah dgn titik-titik hitam and in the end, korang x rasa kisah pun kalau tinggal solat 5 waktu, which is tiang agama islam itu sendiri. Menurut hadis ke enam daripada hadis 40:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Kalau solat pun dah tinggal and hati pun dah gelap, agak2 diorang ni peduli ke nak buat amal ibadah yang lain??

JOKE WEH!! JOKE!!

Bila amal ibadah pun dah kurang, iman pun secara auto nya akan kurang la. So x mustahil kenapa majority of the people nowadays lebih mengejar duniawi berbanding akhirat itu sendiri. Bagi diorang kumpul duit lebih penting daripada kumpul pahala. Sedarlah weh pahala tu sebenarnya credit "touch n go" korang untuk lepas tol ke syurga. Kau fikir duit kau belambak-lambak boleh bayar duit tol nak masuk syurga? Kau fikir gelaran dato' and tan sri yang kau kejar-kejar tu boleh buat kau dapat free pass nak masuk syurga? Tolong jgn buat aku gelak guling2.

As for the conclusion, aku cuma nak mintak korang fkir je balik what is the real reason tuhan bg kat korang that precious life of yours. Tolong jgn terikut-ikut dgn New World Order, which is made up to fill your time with worldly matters. Check balik iman sama ada ia naik atau pun jatuh. Mutabaah perlu dibuat to make sure hari korang is fill up with necessary things untuk maintain iman pada tahap tertentu. Since aku yakin agak susah untuk kita menang dalam "mind war" menentang zionis itu sendiri, aku cadangkan kita mulakan perlahan-lahan. In fact pemuda sekarang patut bersyukur since our senior dah buat path untuk kita (usrah, mabid, etc). Kita cuma perlu follow and improvise sahaja apa yang diorang dah mulakan. Semoga dunia ni kembali balik menjadi milik islam, sepertimana zaman kegemilangannya yang terdahulu.

p/s: Saya menegur diri sendiri dan rakan2.

6 comments:

  1. Wow, rajin post nampak. Point yg bagus.
    Ni mesti konsisten usrah time cuti ni :)

    ReplyDelete
  2. xlah bro. Aku x g mana2 usrah pun. sedey woo xdak pengisian langsung sejak habis IB.. woo woo..

    ReplyDelete
  3. kerana world order nih aku keliru dengan diri aku
    serabut pikir cita2
    form 5 nak jadi engineer nak ikut ayah
    masuk kmb nak jadi doktor
    last2 masuk uni 'terpaksa' jadi saintis (biotek)
    in the end aku sendiri tatau apa passion aku...

    hopefully apa2 pon yang jadi kat aku di masa hadapan, aku still mengejar cita2 seorang hamba kepada Rabb Al-'alamin, menjadi ahli syurga

    -----------------------------------

    wah wah, rajin btol update
    kalo aku x follow nih musti banyak pengisian yg aku tertinggal~
    ^_^

    ni gaya dah bleh jadi murabbi nih
    n_n

    moga thabat & doakan aku gak~
    aku risau dengan keadaan aku sekarang ni...
    -___-

    ReplyDelete
  4. syahmi: Btul kan new world order ni confusing? xpe syahmi, mcm yang aku ckp kalau nak menang "mind war" ngan diorang mmg susah. As for now kita just follow the flow, but in the meantime build up our strength mentally and physically. As for the murabbi part, seriously weh aku x smantap hang, faqih and afifi. Aku ni org biasa2 je kot bro. Still mencari ilmu..;)

    ReplyDelete
  5. erk, kesiannya xde siapa follow up. Nanti aku minta orang sana susunkan sekali lagi.

    Ko still kerja lagi ker skng?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...