Sunday, November 14, 2010

Takde duit pun kau boleh travel. Aku serius.

Generally kita tau mmg semua org suka g travel. Aku still ingt msa aku kecik2 dulu bila ayah aku nak keluar je mesti aku nak ikut. Bagi aku dpt naik kereta tu memang wow habis, tambah2 lg kalau dapat seat depan. Biasalah, golden seat kot, semua orang nak, kecuali si driver. Masa kecik2 pemikiran tak kritikal sangat, so dpt tgk jalan and pokok2 pun rs dah cukup menarik. Dah la dpt air cond skali (sbb duk depan kan), so bg aku travelling dlm kereta pn dah ckup perfect.

However we can't deny that we want something more exciting than just jalan and pokok2 when we grow up. Come on la, tipulah x jealous bila tgk gmbar2 fb mmber lain gi travelling kat oversea. Typical people akan cakap:

"Nak buat camne bro, duit xde... nak travel dlm negara pn duit x cukup... kos pengangkutan lagi, makan lagi, etc2.."

Aaaaah, cliche lah wei!! Kalau aku boleh mencarut dah lama aku mencarut (ok xlah aku saja nk buat gempak). Seriously lame excuses. Kalau betul2 la nak travel, mesti akan tergerak nak simpan duit punya, bak kata pepatah favourite aku "Nak seribu daya, xnak seribu dalih". However, kalau xdak duit pun kau boleh travel, sama gak yg mcm aku sebut kat atas, NSDXSD.

So how are you going to travel without money? Ok before tu aku nk bg clear skit without money tu xdaklah smpai xde duit langsung, 0 sen. Hbs kau nak makan apa? makan pasir? Duit tu mstlah ada skit, Rm100 ke, 200 ke, stakat yang mampu dikumpul or mintak kat mak bapak dlm msa terdekat. Kalau ada lebih, lg bgus, lagi senang. Sedikit modal pn diperlukan sebb korang kena ada transport untuk bergerak. Tp jgn risau, transport ni mmg x makan minyak punya.

minyak save lah kawan!!

Yup, basikal lah, apa lagi. Kalau korang dah start merengek-rengek tlg jgn baca perenggan seterusnya, sebab korang mmg xde guts nk rs hidup susah!! Travelling by bicycle syok apa. Seriusly mungkinlah panas skit tp korang x rs adventure habis ke bila naik basikal? Nak parking pn senang, orang x curi (kalau kau kunci elok2) and bnyk lg lah. Dripada kau naik kereta je x dptlah nak enjoy alam sangat. Kata nak travel? Nikmatilh semuanya sekali!! Stakat nak gi historical places kau dh panggil traveling, baik kau bukak webpage dia je through internet, lg senang!!

Next, untuk tempat tidur plak? Senang je bro, carilah mana2 masjid untuk korang rehat.

or any surau yang kecik skit pn xpe

Bukanlah aku nk suruh korang abuse the use of masjid or surau. Tp sila fikir in a positive way, x ke korang memeriahkan lg masjid tu dgn kehadiran korang? In fact boleh buat qiamullail lg sebab aku confirm korang xleh tidur lena (since maybe ada bnyk nyamuk). Some of you guys mesti terfikir mana ada surau or masjid bg tidur senang2 cmtu jer. Diorang kunci kot time malam. Kalau dah jd mcm tu PANDAI2 LAH BUAT DEAL NGAN SIAK MASJID!!!

"Pak cik kitorang nak stay kat masjid ni for the night. In return, esok pagi kitorang gotong royong bersihkan and kemas bahagian dalam masjid before kitorang blah"

kalau nak lebih meyakinkan lg sila cakap.

"Oh ya, btw ni IC saya, saya bukan pencuri, jgn risau."

This trick might work depending on the spokesperson, so tolonglah pilih org yang MM (mulut manis).

See? x susah sgtkan nak dptkn a place to stay untuk korang mandi, basuh baju and sebagainya. Kreatif la skit bro, kalau asyik fikir susah je mmglah x jadi pape. Minda buntulah kalau fikir negatif!!!

Now, besides a place to stay makanan pn antara benda yg penting jugaklah kan? Kalau x makan mcm mana kau nk kayuh basikal nak gi travel!!! Mcm yg aku ckp td, duit lu kena bawak jugak untuk lu punya food supply. Kalau x bnyk duit, bwklah skit. So what happens bila duit korang dah habis?

Easy bro.


keje lah weh

Yes haha. Singgahlah kat mana2 kedai mamak (or warung melayu yg available) and explain who you are and what are you doing. Mintak la keje sehari kat dia. Basuh pinggan ke, mop lantai ke. Paling2 kurang pn korang boleh dpt (kalau korang diterima bekerja la) RM20 per day. Since tauke kedai tau korang ni travelling, maybelah dia ni baik hati hulur kat korang duit lebih skit. Ha, advantagekan? 20 sehari ok la bro. Nak makan je kot, duit minyak x payah kuar. Maybe kena kuar skit untuk sabun cuci baju and shokubutsu.

To cut things short, after korang da puas travelling selama berhari-hari and nak balik rumah, sila2lah cari kedai basikal and jual basikal tu. paling kurang aku rsa boleh dpt RM50. Cukup nak balik rumah korang naik BAS. Kalau nak balik naik basikal pn xpe kalau korang mampu, aku x halang pun.

Anyway, what i'm trying to say is, secara teorinya travelling with little money might work!!. Aku x gerenti la idea aku ni 100% menjadi tp we can give it a try bro. Remember to think positive and sentiasa berdoa kat tuhan so that korang di permudahkan untuk travel ni. Kalau dah niat nak travel sbb nak lihat kebesaran Allah SWT aku rs x salah kot. Aku dah nak buat dah hari tu travel style cmni tp cmne ntah aku ter spill kan benda ni kat parents aku. Memang diorang menentang habis habisanlah (ok ayat hiperbola). Ingt aku nk cabut cmtu je pastu aku call masa dah travel, tp takut x berkat plak. Haish, nk wat cmne bukan nasib badan...

yeah i know, lame excuse.
.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...