Tuesday, November 23, 2010
Saturday, November 20, 2010
Kau pernah menyesal? aku selalu.
Masa aku pilih program apa yg aku patut masuk lepas spm pun aku menyesal gak. Haish kenapalah aku amik program oversea MARA nih. Dah la dua taun, pastu lmbat pulak fly. Member2 aku yg result spm diorang bese2 je pun dah 3rd year dah kat Uni. Aku bukan nak berlagak aku ni pandai sgt. Tp tulah, kalau aku made the right choice mesti aku da nak abis blajar dah, x tersekat kat rumah ni lagi. Aku teringin gak nak jadi jutawan muda. Bak kata kawan baik aku, afifi:
Aku teringin nak berdakwah kat orang. Bila aku tgk member2 aku yang banyak ilmu bagi pengisian dekat orang ramai, aku rs cemburu. Bagi aku diorang ni gempak gila, boleh share ilmu dgn org lain, mampu menyampaikan idea di khalayak ramai, mampu berkomunikasi dgn orang ramai with full confidence - siap dapat pahala lagi kalau ilmu tu disampaikan plak kat orang lain. Tapi nak buat mcm mana, aku ni jarang membaca, malas nak cari ilmu. Macam mana nak bercakap kalau xde ilmu? You must get your facts right bro before sampaikan apa2. Jgn nak tunjuk pndai mcm Ayah Pin ajar benda yang sesat, yang lari daripada fitrah islam itu sendiri. Jangan niat nak berdakwah tu sebab nak tunjuk cool saja. Jangan weh. So aku menyesal, menyesal sebab aku x usaha pun nak penuhkan dada aku dgn ilmu.
Nak kata aku ni muslim yang hebat? Aku rasa tak pun. Mutabaah aku kalau nak compare dengan member2 usrah aku, aku rs aku yg paling low. Kadang2 solat duha ponteng, solat baqdiah x buat, qiamullail aku tinggalkan. Baca quran pun stakat 5 page sehari. Macam mana nak jadi muslim yang hebat? Orang lain rilek jer hafal surah2 panjang dalam quran, rajin cari masa and menelaah balik al quran tu tiap2 page. Aku? apa yg aku da buat selama 20 tahun? Pergh serius bazir umur. Menyesal beb, menyesal..
Tapi bila fikir balik chill lah. Kau gila ke seumur hidup kau x pernah buat mistake? Habis mcm mana kau and orang lain nak belajar daripada pengalaman. Macam yang aku pernah cakap:
Tuhan bagi kau kaki, bagi kau tangan, n bagi kau akal. Tuhan bagi benda yg sama je kat Henry Ford, tp apsal dia yang dpt dulu formula nak buat kereta? Tuhan bagi benda yang sama je kat Marie curie, tp apsal dia dpt jadi pioneer in the field of radioactivity and org pertama yang menang dua nobel prize? Semua sebab usaha and istiqamah bro. Simple kot.
Seperti yang korang bc kat perenggan first skali, aku pn ada menyesal jugak dekat benda yang aku x boleh ubah, yg tuhan dah bagi kat aku awal2 lagi. Bagi aku mungkin best jadi budak kampung, tp mana tahu bagi budak kampung, jadi orang bandar lg best. Biasalah manusia x pernah puas dgn apa yang dia ada. Ade je benda lain yg dia nak. Dah ada kat malaysia, panas sgt, bila dah sampai kat UK, sejuk sgt plak. Haish mcm2 btul. Tapi mcm biasa lah, kau kena chill dengan apa yg ada pada diri kau. Kalau kau miskin, ada sebabnya, kalau kau genius, ada sebabnya, kalau kau gemuk, ada sebabnya. X semua benda yang kau ingt x sempurna tuh, satu keburukan. Contoh mcm kau x kaya, x mampu nak beli baju mahal2. Bagus apa jd org miskin, at least kau pergi mana2 dpt discount. Manalah tahu kalau kau nk cabut gigi, pastu doktor tu nampak baju kau koyak2, dia rs kesian pastu dia charge murah. Best kot, kan?
Anyway kalau kau menyesal dengan kesalahan kau or apa2, ingtlah weh yg korang je boleh baiki dat mistake. Not with crying or crapping or whatsoever, but with intelligence.
Jadi kau tunggu apa lagi?
Thursday, November 18, 2010
Bukan salah Usrah, tak pernah pun!!!
Aku suka mulakan post aku with some dialogues. So here goes.
"Tengok apa dah jadi kat anak kita bang? Join budak2 alim tu smpai pelajaran dia tinggalkan!!"
"Eleh nampak je alim tu, kutip derma sana-sini, nak tolong palestin la konon. Padahal duit tu dia amik masuk poket sendri jugak!!"
Aku rasa pelik sebab most of the adult zaman sekarang ni pandang negatif gila kalau ada remaja yang nak belajar pasal islam. Aku nak cerita pasal kes yang jadi kat aku masa kat KMB. Aku ada join satu group usrah la, which is handled by this one man we call Ipin. Ok ni bukan upin ipin kartun tuh, tp memang kitorang panggil dia ipin. Ipin ni ada business sendiri, so dia hanya boleh dtg masa hari minggu je, jumaat, sabtu or ahad, depends la hari apa most of the members are free. Nak dijadikan cerita, aktiviti kitorang berusrah dgn outsider (since ipin bukan parents or cikgu KMB) berjaya dihidu oleh one of our own Mr Hatta, a.k.a the right hand man of the director of KMB. Since Ipin ni outsider, maka Hatta pun menghalanglah kitorang daripada meneruskan niat baik kitorang membuat usrah. Ok aku fahamlah mmg kita kena berhati-hati kalau nak belajar agama from somebody. Tp setahu aku lah, apa yang aku belajar still dlm skop yang masih terjaga, xde mensyirikkan Allah pun or suruh aku buat benda yang bukan2. Korang tengok eh, alasan encik Hatta ni mudah je nak halang kitorang buat usrah, it is simply because ipin ni OUTSIDER. Ok aku nak tnya sikitlah, kita kalau nak belajar mestilah ada guru kan? Aku x nafikan dekat kmb tu sendiri aku boleh tnya ustaz or ustazah, but do you think they have the time to come to us, spending 2 -4 hours with the students and have a session of discussion regarding islamic matters? No i don't think so. Kalau dah xde resources dekat dalam, apa salahnya ambil dekat luar? bukannya menyusahkan mana2 cikgu or menjatuhkan maruah KMB pun? Another thing yang biasanya menjadi alasan cikgu-cikgu ni is bila result exam budak2 usrah jatuh, x score, x gempak or whatever lah words yg sesuai. Yang aku peliknya dah jd mcm satu fact plak kalau result exam student jatuh, and dia join usrah, mesti SALAH USRAH!!! C'mon la weh kalau result exam tak bagus maknanya dia xleh jawab soalan exam dengan betul kan? So maknanya dia x masukkan facts2 or formula2 dlam kepala otak dia kan? So skrang ni bleh bgtau aku tak apa peranan USRAH dalam mem"fail"kan student2 nih? Kalau korang cakap usrah ni amik masa student tlg jgn buat lawaklah. Yang korang gi main petang2 tu tak amik masa ke? Yang korang gi tengok wayang and gi shopping tu x amik masa ke? Yang korang lepak dgn member lain tu x amik masa ke? Kalau aku usrah ni amik masa 3 jam je kot, tu pun sehari je dlm seminggu (kalau orang lain xtahulah). So cerita skit kat aku celah mana usrah ni amik masa student? xde weh, mane de.
Sebab tu aku cakap most of the adults pandang negatif kat remaja2 yg nak blajar islam nih. Ok aku nak korang fikir eh kalau ya pun dia fail dlm studies sebab dia lebihkan masa dia nak belajar mengenali Allah, boleh korang bagitahu aku kat mana salah dia? In fact aku respect org macam ni sebab dia berani lawan sistem New World Order. Biasanya org akan cakap:
So tolonglah jgn pandang hina kat remaja2 yang teringin nak mendalami agama islam, yang join usrah and sebagainya. Aku rasa terkejut sebab sekarang ni org lebih memandang seseorang tu through tempat yang dia belajar, or sijil apa yang dia dapat sepanjang hidup dia. Orang lagi respect somebody tu kalau dia ada PhD, walaupun dia x buat solat 5 waktu. Orang lagi respect somebody tu kalau dia pakai baju2 mahal and gadget yang latest, walaupun dia x pernah pun nak amik pot nak mendalami ilmu agama islam and mendekati Allah. Orang jarang-jarang kutuk orang2 yang x kisah langsung nak tahu pasal agama islam, tapi orang slalu ejek and hina orang2 yang amik kisah and menyayangi agama islam.
So boleh x bagitahu aku sekarang, korang masuk kat dalam geng yang mana?
Fikirlah sendiri weh.
Tuesday, November 16, 2010
Apa yang dirasa
Credits to iluvislam.
Kadang-kadang kita merasakan diri kita berilmu, walhal "air mata" ilmu yang terbit daripada dada kita sangat sedikit. Kadang-kadang kita merasakan diri kita hebat apabila orang menyanjung dan memuji kita, walhal itu semua muslihat Iblis untuk menyesatkan kita.
Amalan seseorang yang banyak adakalanya menjadi modal untuk Iblis memperdayakan kita agar kita berbangga dan riak dengan kelebihan yang Allah pinjamkan. Amal yang sedikit turut dipergunakan oleh Syaitan dengan menimbulkan perasaan sentiasa berprasangka Allah akan mengampuni kekurangan diri tanpa sekelumitpun rasa ingin menambahkan amalan untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Penyakit orang kaya adalah bakhil. Penyakit orang miskin adalah malas. Penyakit orang berilmu adalah takabbur. Penyakit orang bodoh adalah tiada keinginan. Penyakit orang beramal adalah 'perasan'.
Orang yang banyak beramal merasakan dirinya hebat dan disegani. Lalu apabila dia berjalan, dia tunduk semacam tawadhu' walhal Syaitan dalam jubahnya. Dia bercakap lembut agar dikata orang sebagai orang yang lembut hati walhal dalam hatinya tersimpan suatu perasaan takabbur yang tinggi. Apabila dia bercakap, dia merasakan semua orang memerhatikan kata-katanya. Syaitan telah memperdayakan pandangan mata hatinya, lalu dia menganggap yang buruk itu baik dan yang baik itu sebaliknya.
Orang yang banyak dosa pula sentiasa berharap dengan kalimah Allah yang Maha Pengampun. Dia terlupa Allah juga keras seksaan-Nya. Allah ciptakan neraka sebagaimana Allah turut menciptakan syurga. Neraka untuk orang yang buruk perilakunya, dan juga untuk orang yang baik perilaku tetapi buruk hatinya. Syurga pula untuk orang yang benar-benar bersih daripada sebarang karat kekotoran, jika ada sekalipun, ia terlindung di sebalik rahmat Illahi.
Sesetengah orang berilmu apabila berbicara, maka penuh mulutnya dengan pancaran ilmu yang mempesonakan, walhal hati mereka cemar dengan pendustaan. Mulut mereka berkata benar sedangkan hati mereka menidakkannya. Dia mengatakan cinta akhirat tetapi dia sendiri kelihatannya sibuk mengejar dunia. Dia menyebut perihal zuhud sedangkan jiwanya diselimuti perasaan cintakan dunia berlebihan.
Mungkin orang lain mendapat manfaat di sebalik ilmunya yang melangit, tetapi dengar hanya sekadar dengar. Disimpan dalam otak tetapi tidak di hati. Kepalanya makin membesar dengan ilmu yang sarat tetapi hatinya dipenuhi kotoran pelbagai penipuan. Mereka pakar berbicara dalam pelbagai bidang, aqidah mahupun akhlak, tasawuf juga barangkali tetapi hanya lidah menuturkannya sedangkan hati menafikan. Katanya pejuang Islam tetapi lagaknya berlainan.
Orang yang bersih hati pula, kata-kata mereka mungkin tidak membawa mesej keilmuan yang tinggi, tetapi apabila mereka berbicara, ia mengusik jiwa yang mendengar. Apabila dia menyebut soal dosa, yang mendengar akan terbayangkan neraka. Apabila dia menyebut tentang perjuangan, orang akan rindukan jihad. Apabila dia menyentuh soal ibadat, orang semakin rindukan waktu malam untuk bertahajud. Mereka tidak perlu berbicara.
Kerana akhlak mereka sudah berbicara sebelum lidah mereka bergerak. Apabila mereka ingin berucap, maka seluruh hati orang mula terusik dan menanti-nantikan mutiara kata yang terbit daripada lidahnya. Sekali orang mendengar, rindu akan bertapak dalam diri mereka. Alangkah mereka rindukan kata-kata orang yang bersih jiwanya yang mana mungkin ilmunya tidak banyak tetapi ia sangat memberi kesan.
Orang yang kotor sebaliknya. Berbuih mulutnya berbicara, namun orang hanya endah tidak endah, dengar tidak dengar. Orang mungkin rindukan pidatonya yang bersemangat, tetapi orang tidak rindukan mutiara kata darinya. Sekadar mendengar menambahkan semangat dalam satu atau dua jam, kemudian hilang berciciran di tengah jalan. Orang yang bersih hatinya, mungkin pidatonya tidak menarik tetapi jiwa sentiasa dibuai dan terusik.
Al-Hijr
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis (orang-orang yang ikhlas beribadah kepada Allah) di antara mereka." ( Al-Hijr: 39-40 )
Article source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1151-apa-yang-dirasa.html
Monday, November 15, 2010
New world order, tolong jgn wujud boleh?
To be honest aku x suka dgn new world order, although i'm living in that very system. Aku rasa macam hidup aku ni dah ditentukan arah tujunya sejak aku mula-mula lahir lagi. Seriously aku nk tnya korang apa matlamat korang dalam hidup ni? Well jawapan yang common mestilah
or
"Nak jadi doktor, nak selamatkan nyawa orang"
Sejak aku kecik lagi parents aku memang meletakkan pendidikan number 1. Ayah aku is an engineer, so no wonder lah bila cikgu tnya apa aku nak jadi bila besar nanti, aku jawab aku nak jadi engineer. In fact smpailah aku form 5, cita2 aku still nak jadi engineer. Punyalah dahsyat new world order ni smpaikan i was "blinded" for about 17 years!! Kejayaan2 mamat omputih seperti the wright brothers, leonardo da vincci, albert einstein dan sebagainya membuatkan aku lagi buta. Aku kejar benda yang, - well mmg aku x nafikan sesuai dgn aku (since aku x minat bio) - tp bukan passion aku, which is engineering.
As I grow older aku realize aku lebih berminat nak jadi director movie. Aku ada lah terlibat dgn drama team sepanjang zaman persekolahan and kolej aku, and i realize that, hey, aku enjoy gila buat bendalah ni!! Anyway aku bukan la nak bercerita panjang lebar pasal minat aku, tp apa yang aku cuba nak highlight is, its hard for me to even know what i like to do because of this stupid system!! Korang x sedar ke weh?
Last month aku mintak kerja dekat 7-eleven, saja nak try rasa mcm mana perasaan orang bekerja jadi kuli. And you guys know what? memang teruk gila kot. Kerja 8 jam sehari, dalam seminggu tu cuti sehari je, ikutlah bos nak tentukan kau cuti hari apa sebab ada jadual. Since 7-eleven bukak 24 hour, sometimes aku kena kerja pkul 11 p.m to 7 a.m!!! Gila ke apa x tidur semata-mata sebab kerja? Bila kau dah balik pukul 7 pagi tu mst lah x larat gila, mata pun berat je nak bukak. In the end bngun pukul 2 petang and get ready nak gi kerja balik shift pkul 3 p.m to 7 p.m. Korang boleh nampak x apa yang New World Order nak buat kat kita?
Kerja 8 jam sehari dah fixed. Bila balik pun mesti nak rehat 4 hours or more kan? Lepas tu tipulah kalau kita xnak ada wordly pleasure skit2. Online fb ke, tgk movie ke, lepak ngan kengkawan ke. So in the end apa yg kita buat untuk hubungan kita dgn Allah is only solat 5 waktu, tu pun kalau buat la solat 5 waktu. Being outside of my college made me realize that bukan semua orang diberi hidayah untuk menyayangi iman diorang sendiri. Kawan2 sekerja aku, out of 7 people, only 3 orang je yang solat, termasuk aku. Bila aku suruh diorang solat diorang just cakap.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Kalau solat pun dah tinggal and hati pun dah gelap, agak2 diorang ni peduli ke nak buat amal ibadah yang lain??
JOKE WEH!! JOKE!!
Bila amal ibadah pun dah kurang, iman pun secara auto nya akan kurang la. So x mustahil kenapa majority of the people nowadays lebih mengejar duniawi berbanding akhirat itu sendiri. Bagi diorang kumpul duit lebih penting daripada kumpul pahala. Sedarlah weh pahala tu sebenarnya credit "touch n go" korang untuk lepas tol ke syurga. Kau fikir duit kau belambak-lambak boleh bayar duit tol nak masuk syurga? Kau fikir gelaran dato' and tan sri yang kau kejar-kejar tu boleh buat kau dapat free pass nak masuk syurga? Tolong jgn buat aku gelak guling2.
As for the conclusion, aku cuma nak mintak korang fkir je balik what is the real reason tuhan bg kat korang that precious life of yours. Tolong jgn terikut-ikut dgn New World Order, which is made up to fill your time with worldly matters. Check balik iman sama ada ia naik atau pun jatuh. Mutabaah perlu dibuat to make sure hari korang is fill up with necessary things untuk maintain iman pada tahap tertentu. Since aku yakin agak susah untuk kita menang dalam "mind war" menentang zionis itu sendiri, aku cadangkan kita mulakan perlahan-lahan. In fact pemuda sekarang patut bersyukur since our senior dah buat path untuk kita (usrah, mabid, etc). Kita cuma perlu follow and improvise sahaja apa yang diorang dah mulakan. Semoga dunia ni kembali balik menjadi milik islam, sepertimana zaman kegemilangannya yang terdahulu.
p/s: Saya menegur diri sendiri dan rakan2.
Tak payah pura-pura, kalau kau nak pakai tudung tu memang dah lekat dah!!
"Ala weh, aku rasa tudung ni x sesuai la dgn baju short sleeve aku.."
"Penat je lah aku rebonding kalau aku kena pkai tudung..."
"Rambut aku bsah la, nanti rosak la rambut kalau pakai tudung.... hish kau ni, tu pun xtau.."
JOKE WEH!!!! SERIOUS JOOOKKEE!!!
Tolonglah, aku rasa bosan bila dgr lame excuse mcm ni. Aku dah malas nak soft hearted cakap berlapik-lapik bila nak tegur orang. In real life mungkin aku akan berlapik, ye lah, aku bukan bodoh nak bagi orang benci aku. Tapi kalau dlm blog sorry lah, aku akan bantai je keluar apa yang orang lain x berani cakap. Berdakwah memang ada bnyak cara, tp bg aku kalau aku x trigger kemarahan orang, heh, sampai bila orang nak dgr cakap kan? Blog aku, idea aku, suka hati aku lah!!
So today's post is about hijab, something yang most of the free haired girl x buat, or rsa malas nak buat, or masih x tergerak nak buat or whatever lah lame excuse yang diorang nak bagi. Eh akak2 x payah nak berlakon lah. Kalau betul2 nak pkai dah lama korang sarung tudung tuh!!
Aku still ingt masa aku kat KMB. Dah jadi mcm tradition setiap malam jumaat mesti ada sesi ceramah, and dah jadi tradition jugaklah budak2 perempuan bergaya bukan main pkai jubah2 mahal. Yang aku peliknya budak2 perempuan yang free hair pun bukan main eksyen lagi pkai benda yang sama. Wah vogue abis dowh diorang. Apa diorang ingat malam jumaat je ke yang wajib pkai pakaian menutup aurat? Isnin, selasa, rabu, khamis pagi dan petang, jumaat, sabtu and ahad x payah pakai pakaian yang menutup aurat ke? Hadis mana korang amik bgtau kat aku skit boleh x?
JOKE WEH!! JOKE!!
Tolonglah buangkan pemikiran pakai tudung sebab nak bergaya, or sebab nak tunjuk kat orang lain yang u are in the crowd. Pakai tudung ni basically sebab korang nak jaga aurat, nak jaga kecantikan sebenar korang so that suami korang je boleh tgk satu hari nanti. Kalau korang rasa tayang2 rambut tu boleh tarik lagi rmai lelaki, yes aku memang sangat setuju. Tapi sedarlah weh yang korang tarik tu bukan lelaki, tapi BUAYA!!!.
Aku malas nak elaborate panjang, aku tau aku xdelah hebat sangat, so below aku nak share another video from ummahfilms regarding hijab. Enjoy. =)
Sunday, November 14, 2010
Takde duit pun kau boleh travel. Aku serius.
However we can't deny that we want something more exciting than just jalan and pokok2 when we grow up. Come on la, tipulah x jealous bila tgk gmbar2 fb mmber lain gi travelling kat oversea. Typical people akan cakap:
"Nak buat camne bro, duit xde... nak travel dlm negara pn duit x cukup... kos pengangkutan lagi, makan lagi, etc2.."
Aaaaah, cliche lah wei!! Kalau aku boleh mencarut dah lama aku mencarut (ok xlah aku saja nk buat gempak). Seriously lame excuses. Kalau betul2 la nak travel, mesti akan tergerak nak simpan duit punya, bak kata pepatah favourite aku "Nak seribu daya, xnak seribu dalih". However, kalau xdak duit pun kau boleh travel, sama gak yg mcm aku sebut kat atas, NSDXSD.
So how are you going to travel without money? Ok before tu aku nk bg clear skit without money tu xdaklah smpai xde duit langsung, 0 sen. Hbs kau nak makan apa? makan pasir? Duit tu mstlah ada skit, Rm100 ke, 200 ke, stakat yang mampu dikumpul or mintak kat mak bapak dlm msa terdekat. Kalau ada lebih, lg bgus, lagi senang. Sedikit modal pn diperlukan sebb korang kena ada transport untuk bergerak. Tp jgn risau, transport ni mmg x makan minyak punya.
Yup, basikal lah, apa lagi. Kalau korang dah start merengek-rengek tlg jgn baca perenggan seterusnya, sebab korang mmg xde guts nk rs hidup susah!! Travelling by bicycle syok apa. Seriusly mungkinlah panas skit tp korang x rs adventure habis ke bila naik basikal? Nak parking pn senang, orang x curi (kalau kau kunci elok2) and bnyk lg lah. Dripada kau naik kereta je x dptlah nak enjoy alam sangat. Kata nak travel? Nikmatilh semuanya sekali!! Stakat nak gi historical places kau dh panggil traveling, baik kau bukak webpage dia je through internet, lg senang!!
Next, untuk tempat tidur plak? Senang je bro, carilah mana2 masjid untuk korang rehat.
Bukanlah aku nk suruh korang abuse the use of masjid or surau. Tp sila fikir in a positive way, x ke korang memeriahkan lg masjid tu dgn kehadiran korang? In fact boleh buat qiamullail lg sebab aku confirm korang xleh tidur lena (since maybe ada bnyk nyamuk). Some of you guys mesti terfikir mana ada surau or masjid bg tidur senang2 cmtu jer. Diorang kunci kot time malam. Kalau dah jd mcm tu PANDAI2 LAH BUAT DEAL NGAN SIAK MASJID!!!
"Pak cik kitorang nak stay kat masjid ni for the night. In return, esok pagi kitorang gotong royong bersihkan and kemas bahagian dalam masjid before kitorang blah"
kalau nak lebih meyakinkan lg sila cakap.
"Oh ya, btw ni IC saya, saya bukan pencuri, jgn risau."
This trick might work depending on the spokesperson, so tolonglah pilih org yang MM (mulut manis).
See? x susah sgtkan nak dptkn a place to stay untuk korang mandi, basuh baju and sebagainya. Kreatif la skit bro, kalau asyik fikir susah je mmglah x jadi pape. Minda buntulah kalau fikir negatif!!!
Now, besides a place to stay makanan pn antara benda yg penting jugaklah kan? Kalau x makan mcm mana kau nk kayuh basikal nak gi travel!!! Mcm yg aku ckp td, duit lu kena bawak jugak untuk lu punya food supply. Kalau x bnyk duit, bwklah skit. So what happens bila duit korang dah habis?
Easy bro.
Yes haha. Singgahlah kat mana2 kedai mamak (or warung melayu yg available) and explain who you are and what are you doing. Mintak la keje sehari kat dia. Basuh pinggan ke, mop lantai ke. Paling2 kurang pn korang boleh dpt (kalau korang diterima bekerja la) RM20 per day. Since tauke kedai tau korang ni travelling, maybelah dia ni baik hati hulur kat korang duit lebih skit. Ha, advantagekan? 20 sehari ok la bro. Nak makan je kot, duit minyak x payah kuar. Maybe kena kuar skit untuk sabun cuci baju and shokubutsu.
To cut things short, after korang da puas travelling selama berhari-hari and nak balik rumah, sila2lah cari kedai basikal and jual basikal tu. paling kurang aku rsa boleh dpt RM50. Cukup nak balik rumah korang naik BAS. Kalau nak balik naik basikal pn xpe kalau korang mampu, aku x halang pun.
Anyway, what i'm trying to say is, secara teorinya travelling with little money might work!!. Aku x gerenti la idea aku ni 100% menjadi tp we can give it a try bro. Remember to think positive and sentiasa berdoa kat tuhan so that korang di permudahkan untuk travel ni. Kalau dah niat nak travel sbb nak lihat kebesaran Allah SWT aku rs x salah kot. Aku dah nak buat dah hari tu travel style cmni tp cmne ntah aku ter spill kan benda ni kat parents aku. Memang diorang menentang habis habisanlah (ok ayat hiperbola). Ingt aku nk cabut cmtu je pastu aku call masa dah travel, tp takut x berkat plak. Haish, nk wat cmne bukan nasib badan...
yeah i know, lame excuse.
.
Saturday, November 13, 2010
Kau fesyen habis? Wow!!
.
Masa aku tgh tunggu cendol siap adalah aku ternampak mamat ni, kuar ngan 2 awek. Bukan main stylo lagi pakai topi ngan seluar 3 quarter dia. Ok, aku x kisahlah kalau nk pakai topi, mungkin cuaca panas dan kau takut muka kau sunburn. Tapi seluar 3 quarter?? oh yeah, mmg dari dulu lagi aku mnyampah bila tgk org islam, aku ulang org ISLAM (x kiralah kaum apa pun) pkai seluar 3 quarter g jalan2.
Seriusly aku bukanlah nk mencaci habis golongan yg pkai seluar 3 quarter ni, tp pkailah kat tempat and masa yang betul. Even aku pun mengaku pkai seluar 3 quarter, tp aku pkai masa main tennis (and sukan lain) je kot. Tu pun aku pkai tight lagi. Aku paham memang susah nk lari2 kejar bola kalau pkai track bottom panjang ni, sape tahu kau boleh terpijak seluar sendiri pastu jatuh tersembam kan?
Kalau pergi mall lagi lah boleh nampk belambak lambak orang islam pkai 3 quarter. Eh bro mmg lah kau tutup aurat pkai seluar tu tp kalau kau duduk msa nk makan kat food court xkan x terselak seluar tu nampak lutut kau? Kalau kau solat aurat kau terjaga ke bila duduk antara dua sujud? Aku bukan nk prejudis, tp stakat ni msa aku keluar gi Alamanda xde plak aku nampak org solat pkai 3 quarter. Habis mana hilangnya mamat2 cool yg pkai 3 quarter tu? tak solat ke? ok aku optimis, mungkin diorang bawak kain pelekat skali b4 kluar rumah.
Well the thing is, fesyen habis ke pkai 3 quarter? bagi aku xlah cool sgt. Pkai seluar slack and jeans pn dah ok. Dah lah tutup aurat, siap bleh cover betis kau lagi from air cond mall yang sejuk. To readers, tlglah jgn berfikiran negatif. Aku cuma benci PERANGAI org yang rs pkai 3 quarter tu satu fashion yg cool, despite of its many disadvantages. Aku xlah berfikiran sempit smpai nak menghalang korang pkai seluar 3 quarter. Kalau nak pakai suka hatilah, tp pandai pakai, pandai lah jga aurat!!
Saya safwan dan niat saya hanya untuk menegur sahabat saya dan orang lain, in case u guys forgot..
Friday, November 12, 2010
Solat awal waktu? Cool.
APA HEBATNYA SOLAT AWAL WAKTU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
Source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1111-apa-hebatnya-solat-di-awal-waktu.html
5 years in history of online videos
Kau nak berlagak? Baliklah!!!
YOU KNOW WHAT I'M SAYING????
Thursday, November 11, 2010
Nombor 1
Being world number 1 for 237 consecutive weeks bukan something yg piece of cake. Imagine brapa banyak masa dan tenaga yg mamat ni korbankan untuk dapat that particular spot yg hampir satu dunia idamkan. Same goes to our very own local, Datuk Nicol David. Aku memang respect la dia sebab she's the very first asian women yg dpt achieve that world number 1 spot in women's squash.
See, being number 1 really pays. Siap dapat duit lg, besides korang buat benda yg korang suka. What i'm trying to say is, setiap org dlm dunia ni mesti ada satu impian, x kiralah nk jd engineer nombor 1 ke, nk jd doctor terbaik ke. Whatever it is, you guys need to keep pursuing your dreams, no matter what it takes. If you need to sacrifice something, then go ahead and do it. Never stop halfway. Jgn jd seorang LOSER yang stop bila dah x larat. It's all in your mind, bak kata pepatah, Nak Seribu Daya, Xnak Seribu Dalih.
Ada one example in real life situation yg aku bleh bg kat korang. Roommate aku msa kat KMB, Faqih Aqili nama dia.
Dia ni mmg pendakwah terbaik la yg aku kenal, and as i said earlier, being the best need sacrifices. Ada sekali tu aku, faqih ngan beberapa org member usrah tgh lepak kat cafe. Bila food kitorang dah smpai je, tiba2 azan isya' berkumandang. Kalau aku la, (and beberapa org yg lain), confirm hbiskan makanan dulu bru gi solat isya kan? Tp faqih x buat mcm tu. Bila azan habis je dia trus gi solat isya', leaving his food just like that. Nak tau kenapa?
" Since dia seorang pendakwah, apa benda yg dia buat menjadi contoh. In order to show good example, pengorbanan mesti dilakukan, x kiralah kecik or besar...."
Anyway, article ni sbenarnya aku buat sebab nk bg semangat kat aku sendiri. Hope you guys enjoy it. =)
p/s: Sorry faqih aku x bayar royalti..;)
Wednesday, November 10, 2010
kau je boleh buat kau hebat!!!
- Amelia Earhart, a noted American aviation pioneer and author
Sedikit pembetulan untuk quote diatas, x semestinya kita xleh do things yang others can do, cuma kita kena jadi lg gempak skit from what others can do. Contoh mcm David Garret kat bawah ni. He's not an ordinary violin player ok. Dia boleh main lagu "flight of the bumblebee" dlm msa 1 min 5.26 sec!!! Cool gila kan?
p/s: Bila lg nak tgk org islam buat benda yg amazing?